web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sukan Paralimpik Paris: Bonnie Waspada Ancaman Telesca

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Aug 2024 6:11PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin tidak akan memandang enteng kelibat Donato Telesca yang mampu menggugat kedudukannya mempertahankan emas kategori 72 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris.

Biarpun memiliki reputasi selaku pemegang rekod dunia iaitu 231kg dan temasya 228kg, namun Bonnie berkata beliau perlu berhati-hati dengan saingan dari Telesca memandangkan belum dapat mencongak strategi bakal diatur pencabar terdekatnya dalam saingan berlangsung di Porte de La Chapelle Arena itu nanti.

"Sekarang saya dalam fasa capai kemuncak prestasi. Untuk pertahankan memang ada tekanan, namun saya perlu sediakan mental untuk meraihnya dan juga pecah rekod.

"Saya juga tidak mengetahui perkembangan terkini pencabar dari Itali itu, jadi sekarang dalam fasa berhati-hati," katanya selepas menerima kunjungan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik 2024 Datuk R Subramaniam di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau ternyata bangga apabila sekali lagi dipilih untuk membawa Jalur Gemilang ketika upacara pembukaan rasmi temasya sukan berprestij itu pada 28 Ogos ini.

Bonnie yang pernah menjadi pembawa Jalur Gemilang pada edisi Tokyo 2020 berkata penghormatan itu membakar semangatnya untuk terus mengharumkan nama negara pada Paris 2024.

Sementara itu, Bonnie gembira melihat Nicodemus Manggoi Moses serta pemenang pingat perak 107kg lelaki di Tokyo 2020 Jong Yee Khie akan bersamanya di Paris 2024.

"Sebelum ini di Tokyo, ada saya dan Yee Khie, sekarang kami pergi bertiga, rasa gembira sokongan makin bertambah," katanya.

Nicodemus yang bakal membuat penampilan sulung di Sukan Paralimpik kali ini akan beraksi dalam kategori 97kg lelaki.

Sukan Paralimpik 2024 akan dibuka secara rasmi pada 28 Ogos dan melabuhkan tirainya 8 September ini.

PROFIL:
Nama: Bonnie Bunyau Gustin
Umur: 25 tahun
Negeri kelahiran: Sarawak
Kategori: 72kg lelaki
Hobi: Bersiar-siar
Makanan kegemaran: Nasi goreng ikan masin
Bilangan adik-beradik: Tiga (anak kedua)
Pencapaian: Juara Sukan Paralimpik Tokyo 2020
Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022
Juara Kejohanan Dunia 2019, 2021 dan 2023
Juara Sukan Para Asia Hangzhou 2022
Pemegang rekod dunia 231kg
Pemegang rekod Sukan Paralimpik 228kg – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liek Hou Cemerlang Di Sepanyol

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Tahniah Kepada Atlet Para Badminton Liek Hou

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Paralimpik Terima Mata Ganjaran, Penghantaran Makanan Dari Grab Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 7 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok