web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Liek Hou Cemerlang Di Sepanyol

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 7:14AM

Cheah Liek Hou - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara dunia Cheah Liek Hou merangkul gelaran pertamanya tahun ini selepas muncul juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 1, di Toledo, malam tadi.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu menewaskan Fang Jeng Yu dari Taiwan 21-7, 21-13 pada final yang berlangsung selama 27 minit.

Kejayaan itu mengubati kekecewaannya yang muncul naib juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 2 bulan lalu selepas kecundang di tangan musuh ketatnya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi.

Sebagai rekod, Liek Hou mencipta sensasi selepas merampas semula gelaran juara perseorangan SU5 pada Kejohanan Para Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, November tahun lepas.

Pencapaian itu menyaksikan atlet berusia 34 tahun itu meraih gelaran dunia ke-12 selepas muncul juara perseorangan kali ketujuh dan mengumpul lima kejuaraan bagi kategori beregu lelaki SU5. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan Paralimpik Paris: Bonnie Waspada Ancaman Telesca

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 19 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 11 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 22 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad