web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Makan Bulu Ayam, Apakah Hukumnya?

Hukum memakan bulu ayam yang diproses menjadi daging lestari menurut pandangan syarak.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 8:30AM

Gambar: Alexas Fotos, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini tular di media-media sosial utama tentang daging lestari yang diperbuat sepenuhnya menggunakan bulu ayam. Ya, bulu ayam. Bulu ayam tersebut diproses secara klinikal serta ditambah dengan rempah ratus untuk menambahkan rasa dagingnya.

Menariknya, seorang pengusaha restoran dari Thailand bernama Sorawut telah mencipta formulasi untuk mengolah menu daging yang berasaskan bulu ayam ini. Sorawut mengatakan ia langkah awal bagi menggantikan pemakanan daging pada masa hadapan.

Secara biologinya, bulu ayam juga merupakan sumber protein yang tinggi sama seperti daging ayam. Setelah melalui beberapa proses, bulu-bulu itu akan dihancurkan hingga menjadi cecair, lalu ditambahkan dengan pemekat makanan sebelum dibakar untuk dijadikan daging lestari. 

 
The Man Who Eats Chicken Feather....

This blew my mind away! A scientist in Thailand was able to turn Chicken Feathers into edible meat with protein and all. What? I chased him down to tell you his story!

Posted by Nas Daily on Thursday, February 11, 2021

Berikutan Thailand hanya terletak bersebelahan dengan negara kita, kemungkinan menu daging lestari yang berasaskan bulu ayam ini juga mungkin bakal tiba di restoran-restoran di Malaysia.

Tentulah ramai yang ingin mencubanya. Namun, persoalannya bolehkah kita sebagai umat Islam memakan bulu ayam? Apakah hukumnya? 

Bagi menjawab persoalan ini, menurut meja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bulu daripada haiwan yang halal dimakan boleh dimanfaatkan untuk kegunaan manusia seperti perhiasan dan perkakas berdasarkan firman Allah SWT.

وَمِنْ أَصْوَافِهَا وَأَوْبَارِهَا وَأَشْعَارِهَا أَثَاثًا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ

Maksudnya: “Dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”

Surah an-Nahl (80)

Bulu-bulu haiwan ternak yang halal dimakan juga boleh dimanfaatkan untuk dijadikan makanan dan pakaian berdasarkan firman-Nya:

وَالْأَنْعَامَ خَلَقَهَا ۗ لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَافِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Maksudnya: “Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.”

Surah an-Nahl (5)

Selain itu, ulama mazhab Syafie berpandangan bulu haiwan yang terpisah dari binatang yang halal dimakan, hukumnya suci (sama ada terpisah ketika hidup atau pun setelah mati). 

Perkara ini dijelaskan oleh al-Nawawi:

فِي أَجْزَاءِ الْحَيَوَانِ: الْأَصْلُ أَنَّ مَا انْفَصَلَ مِنْ حَيٍّ فَهُوَ نَجِسٌ، وَيُسْتَثْنَى الشَّعْرُ الْمَجْزُوزُ مِنْ مَأْكُولِ اللَّحْمِ فِي الْحَيَاةِ، وَالصُّوفُ، وَالْوَبَرُ، وَالرِّيش، فَكُلُّهَا طَاهِرَةٌ بِالْإِجْمَاعِ

Maksudnya: “Hukum asal pada apa sahaja yang terpisah daripada yang hidup (haiwan) adalah najis kecuali rambut binatang yang boleh dimakan yang dicukur ketika hidup dan termasuk bulu tebal, bulu roma tipis dan bulu kepak dan semuanya adalah suci menurut ijmak ulama.

 (Rujuk Raudah al-Tolibin wa Umdatun Muftin 1/15)

Gambar: Roman Odintsov, Pexels
Gambar: Roman Odintsov, Pexels

 

KESIMPULAN

Menurut mazhab Syafie, status bulu haiwan yang dagingnya halal dimakan adalah suci, sama ada bulunya terpisah semasa hidup, mahupun terpisah selepas kematian. 

Ayam yang disembelih mengikut hukum syarak, bulunya juga adalah suci.

Bulu ayam itu boleh dimakan sekiranya ia dijadikan bahan makanan alternatif yang mampu memberi protein serta tidak memberi kesan mudarat. 

Oleh itu, segala proses bulu ayam untuk dijadikan bahan makan atau daging lestari itu hendaklah dipastikan tidak tercemar daripada sebarang najis. - Getaran, 10 Disember 2021

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Berjoget Di TikTok, Apa Hukumnya?

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN