web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hukum Menjual Makanan Di Waktu Tengah Hari Semasa Bulan Ramadan

Tempat makan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan, namun apakah hukum di sebaliknya? Kami kongsikan.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 11:30AM

Gambar: Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penjualan makanan dan minuman di kalangan umat Islam pada waktu tengah hari kadang menjadi isu dan perbincangan yang hangat semasa bulan Ramadan. 

Malah perkara ini juga dikaitkan dengan sesetengah individu yang ponteng puasa dan tidak berasa malu untuk membeli dan makan secara terbuka di premis tersebut tanpa sebab yang munasabah. 

Tambahan lagi, memang terdapat premis makanan yang memulakan operasi kedai lebih awal sebelum menjelang tengah hari. 

Ia boleh mempengaruhi dan mengundang orang Islam yang tidak bertanggungjawab untuk tidak berpuasa di bulan yang mulia ini.

Segmen Refleksi hari ini membincangkan hukum menjual makanan pada waktu tengah hari semasa bulan Ramadan.

Hukum Jual 1

Menjadi kesalahan terhadap peniaga yang membenarkan pengunjung bergama Islam membeli makanan dan minuman pada waktu tengah hari di bulan puasa dengan tujuan makan serta merta. 

Hal ini merujuk kepada pihak premis tersebut yang tidak sensitif dan tidak menghormati bulan Ramadan. 

Perkara ini jatuh di bawah kesalahan Syariah yang dipraktikkan oleh kebanyakan negeri-negeri di Malaysia. 

Tambahan lagi, ia sesuatu yang memalukan dan boleh menjatuhkan imej agama Islam itu sendiri. 

Kesalahan yang dimaksudkan merujuk kepada Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] yang menyatakan bahawa:

“Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan, menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya.

Hukum Jual 2

Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. 

Bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”

Hukum Jual 3

Jadi perbuatan ini haram hukumnya jika pihak premis perniagaan itu membenarkan perkara ini berlaku tanpa apa-apa sebab keuzuran daripada pelangganya. 

Namun apabila sudah termeterai proses akad, maka sahlah jual beli itu beserta dengan dosa. 

Ia masih dianggap sebagai maksiat kerana tolong menolong dalam melakukan maksiat adalah berdosa. Kaedah fiqh menyebut:

الإِعَانَةُ عَلَى المَعْصِيَةِ مَعْصِيَةٌ

Maksudnya: “Menolong atas perlakuan maksiat ialah maksiat.”

Rujuk Ma`lamah Zayed (no.666); Ihya’ Ulumiddin (2/144) oleh al-Ghazali

Individu terkecuali hanyalah wanita yang mendapat uzur Syarie seperti datang bulan, orang yang sakit, kanak-kanak dan orang yang tua tidak mampu berpuasa.

Hukum Jual 4

Menurut pejabat mufti Wilayah Persekutuan, meskipun tiada hukum yang dinyatakan larangan untuk melakukan kegiatan jual beli di siang hari ketika Ramadan, namun sebagai negara Islam, pemerintah mempunyai hak untuk mengawalnya dan menyekat kegiatan jual beli ini. 

Ia perlu dilaksanakan jika kegiatan tersebut melanggar peraturan dan tidak mengikut panduan yang dibenarkan oleh Syariah.

Hukum Jual 5

Walau Bagaimanapun, penetapan syarat yang telah ditetapkan harus tidak bersifat mutlak. 

Hal ini perlu diteliti dengan lebih terperinci dan melihat kepada kesesuaian persekitaran sesebuah lokasi perniagaan tersebut. 

Malah ia mestilah bertujuan untuk mencapai maslahah umum dan mengelakkan kemudaratan.

Hukum Jual 6

Jadi, sebagai negara yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam, sentiasalah peka dan menghormati bulan yang mulia ini. 

Jadikanlah Ramadan ini sebagai bulan yang penuh barakah dan peluang kita untuk memperbanyakkan amalan. 

Kepada peniaga di luar sana, sentiasalah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna ketika berniaga dan jangan sesekali mengambil kesempatan dengan melanggar peraturan semasa beroperasi pada bulan yang mulia ini. - Getaran, 21 April 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

7 Tip Untuk Elak Anak ‘Tantrum’

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Tip Mencari Kerja Di Usia 40-an

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Makan ‘Pasta Straw Zus’, Pakar Diet Columbia Asia Hospital Bagi Pendapat

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Galaxy Tab A9 Kids Edition Untuk Pembelajaran Dan Keseronokan Penuh Imaginasi

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Baju Kontinjen Olimpik Negara Sudah Bertukar Corak Dan Logo, Tiada Lagi Logo Pihak Penaja

MOM akhirnya memperkenalkan corak dan logo baharu pada pakaian rasmi untuk dipakai oleh Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 20 jam yang lalu

Makanan Untuk Meningkatkan Hormon Gembira Dan Meningkatkan Kualiti Hidup

“Makanan bukan sahaja menyediakan tenaga dan nutrien untuk badan tetapi juga menyihatkan jiwa kita dan meningkatkan kesejahteraan emosi.” -  Pakar Pemakanan Ber...

oleh Rahayu MN