web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tangani Krisis Pertengahan Usia  

Wanita kebiasaannya akan lebih awal mengalami masalah krisis pertengahan umur ini berbanding lelaki iaitu ketika usia menginjak ke 38 tahun.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 10:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Frasa life begins at 40 adalah fasa kehidupan yang menggambarkan tentang perubahan tingkah laku dan emosi manusia apabila berada di lingkungan umur 40 ke 65 tahun. Fenomena ini dikenali sebagai midlife crisis atau krisis pertengahan usia dalam istilah psikologi.

Wanita kebiasaannya akan lebih awal mengalami masalah krisis pertengahan umur ini berbanding lelaki iaitu ketika usia menginjak ke 38 tahun. Ketika berada di umur ini wanita akan mengalami perubahan emosi, fizikal dan tahap kesihatan sehingga menimbulkan tekanan perasaan. 

Lain pula ceritanya dengan kaum lelaki.  Lelaki berusia 40 tahun dikatakan berlaku penafian dalam hidup. Mereka menafikan yang mereka sudah melalui zaman kematangan dan merasakan masih melalui zaman muda. 

Menurut Perunding dan Pakar Motivasi, Doktor Tengku Asmadi Tengku Mohamad, 58, dalam satu program bual bicara, wanita lebih cepat melalui proses krisis pertengahan usia berbanding lelaki kerana sifat wanita itu sendiri yang takut dengan penuaan dan takut kehilangan sesuatu.  

“Wanita lebih takut tua berbanding lelaki dan wanita lebih takut dengan kehilangan sesuatu. Tengok sahaja pada fasa perkahwinan, perkembangan wanita dan lelaki berbeza. Lelaki pada umur 50-an masih kacak, wanita pula akan nampak lebih berusia. Jadi, apabila situasi ini berlaku, wanita akan mencari jalan untuk menghadapi isu ini. Mereka selalunya bersedia dari awal iaitu ketika berumur 35 ke 36 tahun bagi menjaga penampilan agar kekal muda.

Middle age crisis ini pada saya banyak positif berbanding negatif. Tetapi ia jadi bermasalah apabila kita mula mempersoalkan bermacam perkara seperti kerjaya dan juga pasangan kita. Apabila mula mempersoalkan perkara-perkara ini, kita akan mula berfikir untuk buat perubahan. Perubahan yang mendadak inilah yang dikatakan middle age crisis,” ujar beliau. 

Jadi apakah gejala-gejala krisis pertengahan usia ini? Dan adakah anda sedar yang anda sedang melaluinya?

Memandangkan krisis pertengahan usia bukanlah diagnosis rasmi, ia merupakan konsep yang sukar untuk dikaji oleh penyelidik. Penyelidik sering tidak bersetuju tentang faktor yang menyebabkan krisis pertengahan umur.

Hakikatnya, kebanyakan penyelidikan bergantung pada jawapan individu yang pernah mengalami krisis pertengahan umur. Sudah tentu, apa yang seseorang takrifkan sebagai krisis mungkin tidak konsisten dengan apa yang orang lain anggap sebagai krisis pertengahan usia. Setiap individu menghadapi perkara atau isu yang berbeza.

Walaupun biasanya krisis pertengahan usia dianggap melibatkan ketakutan kematian atau keinginan untuk menjadi muda semula, emosi yang dialami semasa krisis pertengahan usia mungkin tidak jauh berbeza daripada kesukaran yang mungkin dialami oleh seseorang ketika berhadapan dengan krisis kehidupan yang lain.

American Psychological Association mengatakan krisis emosi terbukti daripada ‘perubahan tingkah laku yang jelas dan mendadak’. Contoh perubahan tingkah laku termasuklah pengabaian kebersihan diri, perubahan dramatik dalam tabiat tidur, berat badan turun atau bertambah, perubahan ketara dalam mood (mood swing) seperti peningkatan kemarahan, kesedihan, atau kebimbangan serta menjauhkan diri daripada rutin atau perhubungan biasa.

Gejala-gejala ini jika ‘dilayan’ pasti boleh menggugat kesejahteraan hidup anda. Lebih-lebih lagi jika anda enggan menerima hakikat bahawa anda sedang menuju lingkungan usia warga emas. Untuk kembali ke zaman muda, adalah satu perkara yang mustahil, kerana masa tetap berjalan. Tidak pernah berhenti walau sedetik pun. Untuk menjalani sebuah kehidupan yang sejahtera, kita semua harus menerima realiti dan berpijak di bumi yang nyata. 

Doktor Asmadi merumuskan setiap individu yang menjangkau umur 40 tahun ke atas perlu banyak bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat Allah. Jelas beliau lagi, setiap individu juga kena faham apa jua perasaan dan krisis yang ada serta tindakan yang ingin diambil adalah dua perkara berbeza. Nasihatnya, jangan melakukan tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya krisis. 

Namun begitu, jika anda mendapati diri mengalami krisis psikologi semasa pertengahan usia, anda tidak sepatutnya melayannya secara berbeza daripada krisis emosi yang lain. Jika ia menjejaskan kehidupan anda, dapatkanlah bantuan profesional.

Berikut adalah ‘tanda-tanda’ yang menunjukkan anda perlu bercakap dengan doktor atau dapatkan nasihat daripada profesional:

  • Bebanan emosi anda menjejaskan keupayaan untuk tidur atau ia menjejaskan selera makan
  • Anda tidak boleh menumpukan perhatian di tempat kerja atau jatuh sakit kerana sering terganggu dengan emosi
  • Tekanan atau mood anda menjejaskan hubungan, seperti sering bergaduh dengan pasangan atau ahli keluarga serta teman-teman.
  • Mula hilang minat dengan aktiviti atau hobi yang digemari sebelum ini.

Rujukan : https://www.verywellmind.com/. - Getaran, 27 Mei 2022

Gambar : Pexel.com 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

2

Refleksi 2 bulan yang lalu

Berjoget Di TikTok, Apa Hukumnya?

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara