web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Yasmin Hani Dan Shahrin Razali Berpisah

Pengacara dan pelakon popular, Yasmin Hani mengumumkan telah berpisah dengan bekas suami iaitu Shahrin Razali.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 6:16PM

Gambar: Instagram @yasminhani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara dan pelakon popular, Yasmin Hani telah mengumumkan bahawa dia kini sudah berpisah dengan bekas suaminya iaitu Shahrin Razali.

Pengumuman itu dibuat menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram rasmi bekas pengacara 'Muzik @ Ria' itu.

"Kami berdua bersetuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh kasih sayang dan toleransi," tulisnya.

Pelakon siri 'The Hotel' itu turut meminta supaya diberikan ruang dan menghormati keputusannya dan Shahrin demi kesejahteraan keluarganya.

"Kami ingin berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan. Walaupun kami memilih jalan perpisahan, kami akan terus menjadi keluarga yang saling menyayangi, malah kini kami lebih rapat dari sebelum ini."

Tulisnya lagi, biar apa pun yang berlaku dia dan bekas suami tetap ibu dan bapa kepada anak-anak mereka.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani binti Ismail Richardson, 42, berkahwin dengan Shahrin atau nama sebenarnya Sha'aarin Mohammed Razali Wong, 52, pada 21 Oktober 2011.

Sepanjang 10 tahun berkahwin mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8 dan Eissa Elzander Wong, 5. - Getaran, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 10 bulan yang lalu

Kami Setuju Berpisah Kerana Tiada Persefahaman - Mawar Rashid

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Perdana Menteri Kanada Umum Berpisah Dengan Isteri

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Yasmin Hani Nafi Kahwini Kekasihnya, Alif Hujung Tahun Ini

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

“Jika Dipermudah, Saya Bakal Kahwini Yasmin Hani Tahun Ini”- Alif Hadi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara