web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Niat Saya Nak Berbaik, Kenapa Nak Dekat Tarikh Kahwin Baru Jadi Begini? - Julia Farhana

Tidak pernah mahu campur tangan dengan urusan Lufya dan Hafiz, Julia bagaimanapun telah menerima masa lalu tunangnya itu dan terbuka sekiranya pihak Lufya mahu berbincang sekali gus menjernihkan segaka salah faham yang berlaku.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 3:00PM

Juliana Farhana Marin - Gambar Instagram Juliana Farhana

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Julia Farhana Marin kecewa apabila terpaksa berhadapan dengan fitnah mengenai diri dan tunangnya, Dr Che Hafiz apalagi masing-masing sedang sibuk menunggu hari bahagia bergelar suami-isteri.

Terganggu dengan fitnah yang diberikan bekas isteri Hafiz, Lufya, dia dan bakal suami terpaksa mengambil tindakan membuat laporan polis bagi menyangkal tuduhan yang tidak berasas tersebut. 

Menerusi Instagram rasminya pagi ini, Julia memuat naik laporan polis serta mesej yang diberikan kepada individu berkenaan. Malangnya, balasan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. 

Dalam kapsyen yang panjang tersebut, Julia menjelaskan bagaimana dia dan rakan kongsi perniagaan diganggu apabila gambarnya di tempat awam disuakan dengan pelbagai fitnah sehingga menimbulkan khabar angin yang tidak enak didengar.

“Saya sangat kecewa dengan khabar angin yang bertebaran sebab saya adalah seorang yang menjaga privasi serta kehidupan peribadi saya. 

“Namun, sejak muncul pelbagai versi cerita, saya perlu bersuara untuk mempertahankan hak saya,” tulisnya.

Tidak pernah mahu ikut campur tangan dengan urusan Lufya dan Hafiz, Julia bagaimanapun telah menerima masa lalu tunangnya itu dan terbuka sekiranya pihak Lufya mahu berbincang sekali gus menjernihkan segala salah faham yang berlaku. 

Namun begitu, lain pula ceritanya apabila Julia mendakwa dia telah difitnah secara terbuka.

“Saya tak ada masalah kalau nak dibawa berbincang. Tapi, bagaimanapun, saya dihina. Tunang saya terima fitnah dan hinaan tentang saya. 

“Namun, saya masih kata, tak apa. Mungkin dia salah faham. Sekarang, secara umum?

“Saya tak ada niat untuk terbabit dalam masalah ini. Saya terima masa lalu bakal suami saya. Niat saya mudah, saya nak berbaik. Tetapi, dibalas sebegini. Saya adalah orang yang waras dan saya nak kembali kepada kehidupan peribadi saya.

“Kalau saya nak campur tangan, sudah lama saya lakukan. Kenapa bila dah nak dekat tarikh kahwin baru terjadi semua ini. Niat saya cuma ingin berbaik, tetapi dibalas begini.” tulisnya.

Terdahulu, Che Hafiz juga memuat naik kenyataan yang sama dan mendedahkan pihak bekas isterinya, Lufya, didakwa memfitnah dirinya berkenaan soal pemberian nafkah anak. – Getaran, 14 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara