web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Feb 2024 5:07PM

Nurul Izzah Anwar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara fitnah, aktivis Liyana Marzuki berdepan serangan di media sosial, apabila dakwaan kononnya beliau menjadi proksi gaji bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tersebar meluas.

Menerusi ciapan di X beliau memberitahu, satu laporan polis telah dibuat susulan dakwaan berkenaan.

Liyana Marzuki - gambar fail
Liyana Marzuki - gambar fail

Katanya, laporan terbabit dibuat atas unsur fitnah dan perlanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 kerana data peribadi miliknya disebar tanpa kebenaran.

“Dalam dua tiga hari ni saya telah diserang di pelbagai platform. Saya telah dituduh dan difitnah dengan bermacam tohmahan. Now it is time to set the record straight.

“Saya telah dituduh menjadi proksi gaji untuk Nurul Izzah Anwar, kononnya saya dibayar gaji yang sangat besar oleh agensi kerajaan Laksana untuk diberi kepada Nurul Izzah. Ini adalah tohmahan besar dan palsu. Saya tidak pernah menjadi proksi gaji kepada sesiapa pun,” katanya.

Keratan berita mengenai laporan polis yang dibuat Exco Angkatan Muda Keadilan - gambar X
Keratan berita mengenai laporan polis yang dibuat Exco Angkatan Muda Keadilan - gambar X

Tegas bekas peguam itu, beliau sememangnya tidak pernah berahsia dengan profesionnya sebagai konsultan kepada agensi-agensi kerajaan untuk memberi input mengenai polisi dan perundangan. 

“Saya mula menjadi konsultan sejak tahun 2020 lagi. This is how I make my living. Menjadi seorang penulis adalah minat saya tetapi seperti semua orang, saya juga perlu bekerja untuk mencari rezeki,” katanya.

Liyana menarik perhatian, semua hantaran berunsur fitnah yang disiarkan di media sosial itu bersifat mala fide dan pihak berkenaan bertindak secara semberono tanpa memikirkan akibat kepada orang lain, demi mencapai objektif politik mereka. 

“Kita boleh berdebat tentang hal politik dan sebagainya dengan matang. Adakah kita perlu menjadi terlampau fanatik sehingga perlu mendedahkan data peribadi seperti alamat rumah, nombor IC dan sebagainya,” katanya, kesal.

Beliau memberitahu, perkara pertama terlintas di fikiran sebaik isu terbabit ditimbulkan ialah kerisauan terhadap keselamatan anak-anaknya kerana data peribadi mereka sekeluarga telah terdedah.

My first thought selepas menerima posting tu adalah sebagai seorang ibu yang risaukan keselamatan anak-anak. Didedahkan sedemikian. 

“MOF (Kementerian Kewangan) sudah keluar kenyataan dan laporan polis juga telah dibuat. Saya harap polis ambil tindakan sewajarnya kepada pemfitnah,” katanya.

Dua hari lalu, Nurul Izzah menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, laporan polis akan dibuat susulan tuduhan berbentuk fitnah melibatkan beliau.

“Sebentar ya, pembaca - peguam saya masih bercuti Raya Cina. Insya-Allah, laporan polis terhadap fitnah ini menyusul minggu depan selepas laporan polis oleh Nadia esok pagi. 

“Jangan dilupakan juga ya audit oleh ProKhas ke atas Laksana, baru selesai kisah sebenar. Menyebar maklumat palsu serta fitnah adalah perlanggaran di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sekadar info, Liyana aktif memberikan pandangan termasuk dalam soal politik di media sosial, dan tidak pernah gentar memberikan kritikan membina terhadap kerajaan. - Getaran, 14 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 40 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 45 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki