web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jalan Perdamaian Dah Terlambat - Puteri Sarah

Puteri Sarah lega selepas memfailkan perceraian hari ini iaitu 10 hari sebelum menunaikan umrah pada 26 Januari depan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 4:00PM

Puteri Sarah berkata, dia sudah berusaha sehabis baik untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak sembilan tahun lalu. - Tangkap layar video Hlive

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Jalan perdamaian sudah terlambat bila keadaan bagaikan tsunami seperti ini, hari ini segala yang Sarah pertahankan, sudah tidak berguna lagi,” demikian penjelasan Puteri Sarah Liyana, 38, yang akhirnya memfailkan perceraian terhadap suaminya, pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof hari ini.

Puteri Sarah berkata, dia sudah berusaha sehabis baik untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak sembilan tahun lalu.

“Saya telah buat yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga ini, tapi nampaknya jodoh sampai sini sahaja.

“Saya tak kisah kes ini berpanjang yang penting saya lega selepas failkan perceraian hari ini iaitu 10 hari sebelum menunaikan umrah pada 26 Januari depan.

“Kalau boleh saya nak jalani ibadah umrah dengan tenang dan tak mahu fikir masalah. Alhamdulillah semuanya sudah terjawab dan mahu mulakan hidup baru dengan anak-anak selepas pulang dari sana,” katanya sewaktu diwawancara Hlive.  

Sembilan tahun mendirikan rumah tangga, Puteri Sarah mengakui trauma dengan kemelut yang berlaku terhadap dirinya.

“Sejujurnya, saya telah mencuba sedaya upaya bagi mencari jalan pendamaian yang baik, saya cuba minta pandangan keluarga saya, malah saya minta pandangan ustazah berkenan hal ini.

“Namun nampaknya, semuanya tidak berjaya dan that’s the reason why I’ am here today, di sini untuk memfailkan penceraian ini,” katanya. 

Puteri Sarah tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sekitar pukul 10.25 pagi ditemani adik- beradiknya dengan berpakaian serba hitam.

Menurut Puteri Sarah, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes pertama selepas aktres berkenaan nekad memfailkan perceraian hari ini.

Kisah rumah tangga pasangan popular itu, menjadi bualan hangat ramai selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga pada awal tahun lalu.

Kemelut rumah tangga mereka semakin memuncak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon senior, Kazar Saisi.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3. - Getaran, 16 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Puteri Sarah Beraya Bersama Mentua, Farid Kamil Bawa Anak Sulung Ke Kedah, Shuib Sedondon Bersama Watie

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara