web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Janna Nick Kesal Dituduh Punca Pergaduhan Fyna Jebat

Janna Nick akui kesal dan marah apabila seorang pelakon veteran secara membabi buta menuduhnya sengaja ingin menyakitkan hati isteri pertama.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 12:00PM

Janna Nick

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara program Famili Duo iaitu Janna Nick kesal apabila dia dituduh menjadi punca pergaduhan diantara Fyna Jebat dan madunya yang telah berlaku di sebuah restoran malam Ahad lalu.

Pergaduhan Fyna dan madunya itu dikatakan berpunca daripada momen di atas pentas yang membabitkan Fyna dan Janna apabila mereka berdua berbual mengenai kisah rumah tangga.

Janna yang kesal namanya terpalit sama dengan kontroversi ini tampil membuat penjelasan di akaun Instagram.

“Saya ni jarang nak ‘defensive’. Kalau orang nak kata, kata la saya okay. Tambahan kalau yang mengata itu adalah netizen. Tapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara membabi buta dan konon saya sengaja nak sakitkan hati isteri pertama kepada si polan, saya jadi marah.

“Saya cuba untuk tidak endahkan tetapi media mula menjadikan saya sebagai tajuk utama perbalahan di antara isteri pertama dan kedua.

“Walhal saya langsung tak tahu kewujudan isteri pertama dan masalah rumahtangga yang dilalui mereka. Konon saya pula punca berlakunya kejadian tarik menarik rambut,” tulisnya.

Kongsi Janna lagi dalam kenyataan yang panjang lebar itu, konsep rancangan Famili Duo adalah tentang kekeluargaan, jadi sudah semestinya soalan yang akan ditanya adalah berkaitan keluarga seperti ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak dan sebagainya.

“Ini adalah kenyataan terakhir saya. Saya harap para media hormati saya dan jangan libatkan saya dengan masalah rumah tangga orang lain. Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah pun menyakitkan hati,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Janna turut berkongsi contoh skrip untuk rancangan Famili Duo yang menunjukkan apa yang perlu dia tanya kepada peserta sebagai hos rancangan itu.

“Sebagai pengacara, saya akui segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri dan yang baik itu daripada Allah SWT,” tulisnya.

Terdahulu media melaporkan seorang penyanyi telah bergaduh dengan madunya di sebuah restoran di Shah Alam dan kedua-dua mereka telah membuat laporan di balai polis. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Netizen Rayu Hisyam Hamid Supaya Jangan Jadi Lelaki Jahat, Tolonglah Kasihankan Lara! 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Kini Cinta Kita Telah Berakhir Untuk Selamanya’ - Status Terbaharu Janna Nick Cetus Tanda Tanya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara