web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kejayaan 'Pathaan' Pecah Panggung: Kangana Ranaut Akui India Bias Terhadap Aktor Khan Dan Aktres Muslim

Sejak kembalinya Kangana di ruangan maya Twitter, dia tidak henti-henti memuat naik ciapan mengenai Datuk Shah Rukh Khan dan 'Pathaan' dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 7:22PM

Kangana Ranaut - Gambar Instagram Kangana Ranaut

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktres Bollywood, Kangana Ranaut sudah kembali aktif semula di Twitter selepas dilarang menggunakannya pada tahun 2021 kerana melanggar peraturan yang telah pun ditetapkan platform media sosial ini. 

Sejak kembalinya Kangana di ruangan maya Twitter, dia tidak henti-henti memuat naik  ciapan mengenai Datuk Shah Rukh Khan dan Pathaan dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini. 

Lebih-lebih lagi, apabila filem aksi-thriller Pathaan telah berjaya mencapai kutipan pecah panggung yang cukup luar biasa. 

Ia telah menjadi filem Hindi yang berjaya membuat kutipan sebanyak INR200 crore (RM 103,900,000.00) dalam tempoh empat hari sejak tayangan di pawagam bermula 25 Januari lalu. 

Kangana baru-baru ini melayari laman Twitternya dan menulis ciapan mengenai kejayaan box office Pathaan.

Tangkapan layar Twitter
Tangkapan layar Twitter

Tulisnya: “Analisis yang sangat baik... negara ini hanya mempunyai dan hanya mencintai semua Khan dan pada masa-masa hanya Khan dan hanya Khan… dan taksub dengan aktres Muslim, jadi tidak adil menuduh India sebagai pembenci dan fascism..tidak ada negara seperti Bharat (nama lain untuk India) ? di dunia seluruh dunia? 

Walaupun ada yang menyokong ciapannya itu, namun tidak ramai juga yang memberikan kacaman buatnya kerana menyokong kejayaan Pathaan

Kangana menulis ciapan itu berdasarkan sebuah ciapan analisis yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @priyagupta999. 

Dalam ciapannya, pengguna Twitter itu telah mengucapkan tahniah buat Shah Rukh Khan Dan Deepika Padukone atas kejayaan Pathaan

Bahkan dia juga menulis bahawa dengan kejayaan tersebut, ia membuktikan Shah Rukh disayangi penganut Islam dan Hindu secara sama rata, kontroversi langsung tidak menjejaskan kejayaan filem itu, elemen erotik di dalam lagu yang baik membantu dan India adalah sebuah negara sekular. 

Terdahulu, Kangana memberi amaran kepada Bollywood supaya tidak mengheret politik ke arah kejayaan Pathaan dan menikmati tayangan filem itu. Kangana juga memberi reaksi bahawa Pathaan berjaya kerana penganut Hindu dan umat Islam sama-sama mencintai Shah Rukh. 

Sesetengah netizen merasakan bahawa Kangana sedang mencari perhatian dengan ciapan mengenai Pathaan dan memuji filem itu. – Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

3

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara