web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Ingin Bersama Tom Sampai Keluar Uban Saya, Sampai Akhir Hayat – Fuad Rahman

Majlis resepsi perkahwinan Fuad Rahman dan Tom ditaja RM1 juta dan berlangsung di acara StarVendors yang penuh warna-warni dan meriahnya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 11:00AM

Majlis perkahwinan pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom yang diadakan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru Ahad lalu telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriahnya - Gambar ihsan Starvendor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun berkahwin secara rahsia di Batam beberapa hari lalu, namun majlis perkahwinan pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom yang diadakan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru pada Ahad lalu telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriahnya. 

Majlis yang diadakan di lokasi sama acara Starvendor Foodstival X Nunsatara Music Festival anjuran StarVendors itu juga dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis dan peminat yang meraikan pasangan sama cantik sama padan itu.

Majlis tersebut sekali gus mencipta rekod apabila mereka menjadi pasangan selebriti pertama yang melangsungkan resepsi di acara StarVendors. Bahkan, majlis resepsi tersebut telah ditaja pihak Star Vendors dengan jumlah tajaan sebanyak RM1 juta.

Majlis yang diadakan di lokasi sama acara Starvendor Foodstival X Nunsatara Music Festival anjuran StarVendors itu juga juga turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis dan peminat
Majlis yang diadakan di lokasi sama acara Starvendor Foodstival X Nunsatara Music Festival anjuran StarVendors itu juga juga turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis dan peminat

“Terima kasih kepada Kak Ifa Raziah dan team kerana meraikan perkahwinan kami ini. Saya tak sangka kerana niat ingin buat yang sederhana sahaja. Syukur, Alhamdulillah,” kata Fuad.

Pada 26 Februari lalu, Fuad yang juga penyanyi berasal Singapura telah sah menikahi Tom sebagai isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Batam, Indonesia.

Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menerima mas kahwin sebentuk cincin daripada Fuad. Bagaimanapun harga mas kahwin tersebut dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan disaksikan oleh dua orang abang kepada Fuad iaitu Rozlan Abdul Rahman dan Rasli Abdul Rahman serta berwalikan adik lelaki Tom, Raja Ahmad Faris Afiq.

Berkongsi mengenai detik percintaan mereka berdua, Fuad tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum ini terhenti kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

 Fuad tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum ini terhenti kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9)
Fuad tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum ini terhenti kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9)

“Kalau ingin berkongsi mengenai detik bercinta itu, sudah lama sebenarnya. Kami bercinta daripada dahulu, cumanya on off sahaja. Kemudian kami tidak berhubung untuk masa yang lama.

“Kami tidak dijodohkan ketika itu apabila Tom sudah berkahwin lain dan saya pula berjumpa dengan jodoh saya. Kemudian siapa sangka, takdir menemukan semula kami di Gegar Vaganza 9.

“Sejak GV, saya merasakan itu masa yang paling tepat untuk pilih dia sebagai isteri. Daripada GV juga saya dah beritahu Tom, saya ingin bersama dia sampai keluar uban saya, sampai akhir hayat.

“Saya memang sangat sayang dia, berjumpa keluarga pihak dia dan pihak saya. Semua terima dengan baik dan gembira bila tahu kami ingin mendirikan rumah tangga,” kongsi Fuad.

Pasangan itu mengambil pentas utama acara Foodstival dengan hiasan pelamin yang cukup mewah sambil diraikan oleh ribuan tetamu yang hadir
Pasangan itu mengambil pentas utama acara Foodstival dengan hiasan pelamin yang cukup mewah sambil diraikan oleh ribuan tetamu yang hadir

Pasangan itu mengambil pentas utama acara Foodstival dengan hiasan pelamin yang cukup mewah sambil diraikan oleh ribuan tetamu yang hadir.

Starvendor Foodstival X Nunsatara Music Festival yang dianjurkan dengan usahasama Tourism Johor telah berlangsung pada 3 hingga 5hb Mac 2023 . – Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara