web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Ambil Serius Soal Kerja, Jika Tak Rasa Berbaloi Boleh Ambil Pelakon Lain - Shaheizy Sam

Jika mereka tak rasa berbaloi, tak apa, mereka boleh cari pelakon lain.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 3:00PM

Shaheizy Sam tampil membawakan watak Subu dalam 'Rajah' yang menceritakan tentang perjalanan Sir James Brooke yang berjaya menjadi Raja Putih pertama Sarawak - Instagram Shaheizy Sam

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan usahawan Shaheizy Sam mengakui tidak pernah melakukan sebarang projek lakonan dengan separuh hati, sekali gus memberi jaminan bahawa khidmat yang diberikan adalah  berpatutan dengan bayaran ditawarkan produksi. 

Bukan itu sahaja, harga yang dikenakan Bintang Paling Popular Berita Harian 2014 untuk terlibat dengan sebarang projek adalah setimpal dengan penglibatannya di dalam industri lakon layar negara yang sudah menjangkau usia 30 tahun.

“Orang produksi tanah air tahu bagaimana cara saya bekerja. Saya betul-betul ambil serius tentang mutu kerjaya saya. 

“Kalau mereka rasa saya berbaloi dengan harga yang saya minta, silakan. Jika mereka tak rasa berbaloi, tak apa, mereka boleh cari pelakon lain,” katanya ketika ditemui Getaran di malam gala filem Rajah baru-baru ini.

Sepanjang bergelar anak seni, bukan sedikit Sam memberikan diskaun kepada mana-mana produksi bahkan ada yang pernah mendapat khidmat lakonan percuma daripada pelakon itu kerana memiliki pasukan dan skrip naskhah yang baik.

“Ada ketikanya jika skrip atau pasukan produksi itu bagus, saya tidak kisah memberikan diskaun atau buat secara percuma,” tambahnya. 

Membintangi filem Hollywood yang menghimpunkan beberapa pelakon hebat dari beberapa negara buat pertama kali, Sam menganggap pengalamannya terlibat dalam filem Rajah jauh lebih bermakna daripada bayaran yang dikenakannya.

“Kalau nak menjawab soalan adakah saya menerima bayaran tinggi untuk filem Rajah, sejujurnya saya tak pernah berlakon dengan produksi luar negara atau filem epik. 

“Jadi pengalaman itu lebih mahal daripada apa yang saya dibayar. Tapi tak adalah bayar sampai rendah sangat. Saya boleh katakan ia berbaloi,” katanya lagi.

Shaheizy Sam tampil membawakan watak Subu dalam Rajah yang menceritakan tentang perjalanan Sir James Brooke yang berjaya menjadi Raja Putih pertama Sarawak. 

Filem Rajah menghimpunkan beberapa pelakon hebat daripada beberapa buah negara termasuk Josie Ho dari Hong Kong, Atiqah Hasiholan dari Indonesia, Dominic Monaghan dari British dan Hannah New dari United Kingdom. Rajah sudah menemui penonton di pawagam pada bermula hari ini. - Getaran, 9 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara