web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

Selebriti Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 1:17PM

Foto : IG

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika ramai membuat spekulasi bahawa perkahwinan mereka sedang berantakan, Justin dan Hailey Bieber tampil berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama dalam masa beberapa bulan akan datang. 

Berita kehamilan yang dikongsi sendiri oleh pasangan ini pasti membuatkan peminat pasangan mereka gembira kerana baik Justin atau Hailey, memang mengharapkan kehadiran orang baharu dalam kehidupan mereka.

Pempengaruh media sosial dan pengasas jenama kosmetik, Rhode itu berkongsi khabar gembira melalui Instagram pada Khamis (waktu tempatan). 

Biarpun tiada kapsyen yang jelas mengatakan dia kini sedang hamil, namun beberapa siri foto dan video yang dirakam di sebuah padang rumput jelas menunjukkan Hailey Hailey berbadan dua. 

Ruangan komen pasangan itu dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan terkenal mereka termasuk Kendall Jenner, Chrissy Teigen, Tate McRae dan ramai lagi.

Pasangan itu secara rasmi berkahwin pada September 2018 di mahkamah New York City. 

Hanya setahun kemudian barulah pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan yang meriah di Hotel Montage Palmetto Bluff di Carolina Selatan bersama rakan dan keluarga mereka.

Pada September 2023, pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan kelima mereka. Malah, Justin juga telah memuat naik catatan Instagram yang manis buat Hailey. 

"Kepada kekasihku yang paling berharga. 5 tahun. Kamu telah menawan hati saya. Saya tahu dari lubuk hati hingga ke tulang saya ini bahawa perjalanan bersama kamu pasti melebihi jangkaan yang tidak terduga,” tulis Justin. - Getaran, 10 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

5 Selebriti Hollywood Memiliki Tesla 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Ambil Serius Soal Kerja, Jika Tak Rasa Berbaloi Boleh Ambil Pelakon Lain - Shaheizy Sam

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Bersabarlah Peminat Bieber, Konsert Akan Ditunda Sehingga Tahun Depan

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Saya Kepenatan – Justin Bieber Tangguh Konsert Demi Kesihatan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara