web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kalau Tak Dapat Sambutan, Saya Okay - Meerqeen Teruja Melur Untuk Firdaus Musim Kedua

Meerqeen berkata dirinya dan barisan produksi sudah memberikan komitmen seratus peratus bagi menjayakan drama ini.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 8:08PM

Meerqeen bercakap dengan media ketika ditemui di majlis sidang media drama bersiri Melur Untuk Firdaus musim kedua hari ini. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Meerqeen redha sekiranya drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang sudah memasuki musim kedua tidak menepati jangkaan dan harapan peminat.

Menurut Meerqeen yang membawa watak Firdaus dalam siri ini, dia dan barisan produksi sudah memberikan komitmen seratus peratus bagi menjayakan drama ini.

“Kalau tak dapat sambutan meriah seperti musim pertama, saya akan okay. Apa yang penting saya dan kru sudah lakukan yang terbaik.

“Normal jika sesuatu drama itu memberi respons yang pelbagai oleh penonton. Ada yang suka dan ada yang tidak.

“Bagi saya, tiada perasaan tertekan kerana saya juga turut berbincang dengan pasukan sekiranya ada babak yang perlu kita ubah, kita akan tukar sesuai selera penonton,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media drama bersiri Melur Untuk Firdaus musim kedua hari ini.  

Musim kedua menjanjikan sebuah jalan cerita yang berbeza apabila muncul watak baru seperti Mawar lakonan Eyka Farhana akan menggoyahkan hubungan rumah tangga Melur dan Firdaus.

“Saya akui memang mencabar untuk mencari keserasian antara saya dan juga pelakon baharu yang membintangi drama ini untuk musim kedua.

“Selain itu, saya boleh katakan semua yang terlibat untuk drama ini sangat tenang dan gembira menjalani  penggambaran,” katanya lagi.

Drama arahan Zamri Zakaria ini mengandungi 35 episod bakal menemui penonton bermula malam ini menerusi slot Akasia pukul 7.00 malam.

Manakala, khas untuk bulan Ramadan ini, slot Akasia akan disiarkan setiap hari bermula 20 Mac 2023, dari hari Isnin hingga Ahad, pukul 7.00 malam. Drama ini juga boleh distrimn di Disney+ Hotstar.

Antara selebriti yang menjayakan siri ini ialah Anna Jobling, Azim Yusof, Fimie Don, Haleeda, Hairi Safwan, Taib Zamannuri dan Zainon Ismail. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Kami Baik-Baik Saja” – Anna Jobling Jawab Spekulasi Hubungannya Bersama Meerqeen Kian Renggang

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Color Of The Year! - Hitam Pilihan Ramai Selebriti Syawal Kali Ini

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Watak Mawar Menjadi Satu Pengajaran - Eyka Farhana Minta Suami Isteri Hati-Hati Dengan Wanita Penyondol 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

'Kami Bincang Elok-Elok' - Anna Jobling Nafi Dia Dan Meerqeen Bergaduh 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara