web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Color Of The Year! - Hitam Pilihan Ramai Selebriti Syawal Kali Ini

Warna hitam mendominasi tema warna untuk baju raya pada tahun ini, turut menjadi pilihan kebanyakan selebriti tempatan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 10:20AM

Hitam bukan saja menawan, malah tampak eksklusif dan anggun untuk digayakan di Aidilfitri. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ternyata warna hitam merupakan 'color of the year' untuk warna tema baju raya pada Syawal kali ini. 

Berikut adalah senarai selebriti tempatan yang memilih warna hitam untuk digayakan pada 1 Syawal.

Scha Al Yahya & Awal Shaari

Pasangan paling stailo di Malaysia ini dilihat telah menggayakan busana tradisional berwarna hitam sempena 1 Syawal. Tidak terkecuali dua puteri mereka yang comel iaitu Lara Alana dan Lila Amina.

Selain rakyat Malaysia dilihat memperagakan baju raya bertemakan warna hitam, para selebriti tempatan juga dilihat memilih warna hitam. 

Shukri Yahaya 

Pelakon popular ini kelihatan sungguh kacak mengenakan Baju Melayu berwarna hitam sedondon bersama keluarganya.

Nadia Brian

Pelakon jelita ini memilih busana berwarna hitam rekaan Behati yang dipadankan bersama skirt berwarna putih. Sungguh chic! 

Alif Satar 

Selebriti serba boleh, Alif Satar juga dilihat memilih warna hitam untuk tema 1 Syawal sekeluarga pada tahun ini. 

Hael Husaini

Penyanyi popular yang berwajah persis bintang Kpop, Hael Husaini turut memilih warna hitam untuk diperagakan pada 1 Syawal sedondon bersama anak-anaknya. 

Rita Rudaini

Aktres jelita berasal dari Perlis ini dilihat telah memakai baju kurung lengkap berselendang berwarna hitam. Menariknya menurut Rita, baju ini merupakan baju yang diulang pakai yang dibelinya pada tahun 2012. Nampaknya, ukuran badan Rita masih 'maintain' ya! 

Meerqeen

Pelakon yang popular dengan drama Melur Untuk Firdaus ini tampil kacak dalam persalinan Baju Melayu berwarna hitam daripada jenama Elrah Exclusive di mana Meerqeen merupakan duta untuk jenama ini.

Zulin Aziz

 

Pelakon yang baru-baru ini mengejutkan satu Malaysia dengan berita perpisahannya, Zulin Aziz dilihat ceria meraikan Syawal bersama suaminya. Kedua-dua mereka memilih busana tradisional berwarna hitam untuk digayakan pada 1 Syawal. 

Amir Ahnaf

Terkenal dengan watak 'kapla' dalam siri Projek High Council, Amir Ahnaf turut kelihatan segak memakai Baju Melayu berwarna hitam pada 1 Syawal tahun ini. 

Nabila Huda

Pelakon popular ini juga nampaknya memilih busana berwarna hitam sedondon bersama suaminya untuk meraikan Syawal pertama di Singapura. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 2 bulan yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 3 bulan yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara