web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

Menurut Priyanka dia terpaksa meninggalkan Bollywood kerana sudah tidak tahan dengan permainan politik dalam industri berkenaan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 6:00PM

Priyanka Chopra - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon antarabangsa terkenal, Priyanka Chopra Jonas akhirnya mendedahkan sebab sebenar dia meninggalkan industri Bollywood dan berhijrah ke Hollywood. 

Menerusi temubual podcast Priyanka bersama Dax Shepard, dia memberitahu bahawa politik di dalam Bollywood merupakan antara salah satu sebab kenapa dia membuat keputusan untuk melebarkan sayapnya ke Hollywood. 

"Saya tidak pernah berkata apa-apa tentang perkara ini, tetapi saya akan beritahu kamu kerana kamu buat saya rasa selamat. 

"Saya telah dipinggirkan industri Bollywood. Mereka enggan mengambil saya berlakon.

"Saya juga mempunyai masalah dengan beberapa orang di Bollywood. Saya tidak pandai bermain dengan permainan mereka. Saya penat dengan mainan politik Bollywood jadi saya rasa saya perlukan rehat," katanya dalam temubual berkenaan.

Di saat Priyanka berhadapan dengan saat getir di Bollywood, seorang ejen antarabangsa iaitu Anjuka Ancharia yang kini merupakan pengurusnya telah mendengar demo nyanyian Priyanka lantas menawarkannya peluang mencipta karier sebagai penyanyi di Hollywood. 

Bukan setakat berjaya mengeluarkan single duet bersama Pitbull, Priyanka juga berhasil mendapat watak utama dalam drama bersiri Amerika Syarikat berjudul Quantico yang bertahan selama tiga musim. Priyanka juga telah banyak membintangi filem-filem Hollywood antaranya, Baywatch.

Bahkan,  Priyanka yang merupakan bekas Ratu Cantik Dunia tahun 2000 ini juga telah  bertemu jodoh dengan penyanyi terkenal Hollywood iaitu Nick Jonas yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Jonas Brothers.

Pendedahan Priyanka itu telah menjadi topik hangat di kebanyakan media Bollywood. Sebelum ini memang sudah ramai menjangkakan Priyanka meninggalkan Bollywood kerana dipinggirkan

Sebelum Priyanka meninggalkan India untuk mencipta nama di Hollywood, dia sempat digosipkan menjalinkan hubungan cinta bersama Shah Rukh Khan dan juga Akshay Kumar. 

Disebabkan itu, isteri-isteri kepada pelakon berkenaan iaitu Gauri Khan dan Twinkle Khanna dikatakan telah meminta agar semua memboikot Priyanka Chopra termasuk Karan Johar yang merupakan sahabat baik Gauri dan Twinkle.

Aktres kontroversi, Kangana Ranaut dilihat turut membuat hantaran berkenaan Priyanka dengan memberitahu bahawa pengarah dan penerbit terkenal iaitu Karan Johar antara dalang yang menyebabkan Priyanka dipinggirkan di Bollywood. 

“Bayangkan seseorang yang sekuat Priyanka Chopra telah dipaksa untuk meninggalkan India kerana mafia industri filem Kjo (Karan Johar) punya masalah dengannya,” tulis Kangana.

Tambah Kangana lagi, lihatlah dimana kedudukan Priyanka dan kedudukannya sekarang selepas dipinggirkan industry Bollywood. Priyanka telah berjaya mencipta nama di Hollywood manakala Kangana pula telah berjaya menjadi penerbit dan pengarah dalam filem arahannya sendiri. 

Kedua-dua mereka adalah ‘orang luar’ di dalam industri perfileman Bollywood. Mereka tiada kaitan atau pertalian darah dengan ‘orang besar’ dalam industri seperti keluarga Kapoor dan sebagainya. – Getaran, 29 Mac 2023
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pembedahan Hidung Tidak Menjadi, Priyanka Chopra Alami Depresi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kejayaan 'Pathaan' Pecah Panggung: Kangana Ranaut Akui India Bias Terhadap Aktor Khan Dan Aktres Muslim

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Akhirnya Dedah Wajah Anak Perempuan Mereka

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Kenyataan SS Rajamouli, RRR Bukan Filem Bollywood Bikin Pengguna Twitter ‘Berbelah Bahagi’ Pendapat 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara