web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembedahan Hidung Tidak Menjadi, Priyanka Chopra Alami Depresi

Wajah bekas Ratu Cantik Dunia 2000 ini berubah selepas dia menjalani pembedahan hidung sehingga membuatkan dia mengalami depresi.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 5:08PM

Kongsi Priyanka Chopra, selepas pembedahan itu dilakukan, bentuk hidungnya telah berubah dengan drastik sehingga membuatkan wajahnya kelihatan pelik - Gambar Instagram Priyanka Chopra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Bollywood yang kini menempa nama di Hollywood, Priyanka Chopra Jonas mengakui dia pernah mengalami depresi selepas pembedahan hidungnya tidak menjadi. 

Menurut bekas Ratu Cantik Dunia 2000 ini, dia mengalami masalah pernafasan dan doktor menemui pembentukan tisu di dalam saluran pernafasannya dan mencadangkan supaya dia membuat pembedahan. 

Perkara itu didedahkan isteri kepada Nick Jonas ini sewaktu diwawancara di dalam rancangan temu bual, 'The Howard Stern Show'.

Kongsi Priyanka lagi, selepas pembedahan itu dilakukan, bentuk hidungnya telah berubah dengan drastik sehingga membuatkan wajahnya kelihatan pelik. 

“Ia merupakan fasa gelap dalam hidup saya. Saya telah digugurkan daripada membintangi tiga filem selepas melalui pembedahan itu. Saya rasa karier saya telah pun berakhir sebelum ia bermula. Wajah saya kelihatan berlainan, dan saya mengalami depresi yang sangat teruk,” katanya. 

Disebabkan trauma dengan kejadian itu, Priyanka memilih untuk tidak keluar dari rumah dan situasi ini membuatkan ibu dan bapanya menjadi risau.

Bapanya serta doktor yang terlibat telah menasihatinya agar dia kembali membuat pembedahan untuk membetulkan bentuk hidungnya. 

“Saya sangat takut untuk kembali ke bilik pembedahan. Tetapi bapa saya memberikan sokongan penuh dan berkata bahawa dia akan menemani saya di dalam bilik pembedahan. 

“Dia sentiasa menyokong saya dan membantu saya untuk mengembalikan keyakinan diri,” kongsinya.

Biarpun pernah mengalami episod hitam dalam hidupnya, namun Priyanka telah berjaya membina nama sebagai pelakon dan penyanyi popular di Bollywood. Malah kehebatan Priyanka turut menarik minat agensi di dalam industri Hollywood untuk menjadikannya bintang di sana.   – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Jalani Pembedahan Buang Cyst,  Fibroib Hari Ini, Zara Zya Mohon Maaf Pada Semua

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

3

Selebriti 9 bulan yang lalu

M Daud Kilau: Ayah Sepatutnya Jalani Pembedahan - Anak

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Salahuddin Ayub Dibedah, Disahkan Alami Pendarahan Otak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara