web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TikTok Awards 2023: Anugerah Creator Of The Year Milik Khairul Aming

Khairul Aming berjaya menewaskan lima calon lain pada acara yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Aug 2023 1:11AM

Khairul Amin Kamarulzaman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pempengaruh media sosial yang terkenal dengan kandungan masak-masak, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming dinobatkan sebagai Creator of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023 yang diadakan buat julung kalinya.

Khairul Aming berjaya menewaskan lima calon lain iaitu Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo).

Mengulas tentang kemenangannya itu, Khairul berkata, ia adalah hasil sokongan keluarga, rakan pencipta kandungan serta pasukan perniagaannya.

“Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia berbangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” ujarnya.

TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) malam tadi.

Anugerah ini mempertandingkan 13 kategori yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pilihan juri dan pilihan peminat.

Berikut adalah senarai penuh pemenang TikTok Awards Malaysia 2023:

Pilihan Juri
1. Best of Beauty & Fashion - Shahira Azlan (@shahirazlan)
2. Best of Education - Sir Asai (@sir_asai)
3. Best of Entertainment - Eiqa Maleq (@eiqamaleq)
4. Best of Foodie - Syafira Jamil (@syafirajamill)
5. Best of Gaming - Sultan Riq (@sultan_riq)
6. Best of Sports - Kkhalish (@kkhalishh) 

Pilihan Peminat:
1. Creator of The Year - Khairul Aming (@khairulaming)
2. Celebrity Of The Year - Aeril Zafrel (@aerilzafrel8)
3. Rising Star of The Year - Ikhmal (@ikhmaln0ur)
4. Popular Creator of The Year - Ryan Fahmi Bakery (@ryanbakery
5. Popular Animation Account of The Year - Upin & Ipin (@upinipin.official)
6. Tiktok Shop Creator of The Year - Anas Zahrin (@anaszahrin)
7. Live Creator of The Year- Tiger Labu (@tigerlabu) - Getaran, 28 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Sambal Nyet Berapi Diciplak, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Ribuan Rakyat Malaysia Termasuk Pempengaruh Media Sosial Sokong Freedom For Palestin

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ketua Pemuda PAS Kelantan Tulis Surat Terbuka Buat Khairul Aming Kerana Beli Tiket Konsert Coldplay

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Usah Guna Mercedes, Facebook: Netizen Kecam Surat Terbuka Pemimpin PAS Kepada Khairul Aming

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara