web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

Chef Wan menyatakan bahawa beliau juga bimbang memikirkan harga makanan yang ingin ditawarkan memandangkan kos sewa tapak agak tinggi

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 8:49PM

Chef Wan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kafe milik chef nombor satu negara Chef Wan bakal dibuka tidak lama lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1). Ini merupakan cawangan ke-10 kafe tersebut dan semestinya ia menyediakan makanan Malaysia.

Menerusi hantaran dari akaun Instagram milik Chef Wan sendiri atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, beliau berkata menu yang bakal disediakan bertujuan memudahkan pengunjung mendapatkan makanan yang lazat dan segar.

“Cawangan nombor 10 kafe kami akan hadir di KLIA 1. Menu di sini keseluruhannya akan dihidangkan dengan sangat cepat tetapi lazat. Disediakan khas untuk penumpang domestik dan antarabangsa atau ahli keluarga yang menghantar keluarga mereka yang ingin makan dengan cepat dan tidak terlalu mahal serta berpatutan,” katanya dengan memuat naik gambar lokasi kafe tersebut di Instagram semalam.

Chef Wan turut menyatakan bahawa beliau juga gusar memikirkan harga makanan yang ingin ditawarkan memandangkan kos sewa di situ agak tinggi. Jadi dia menggunakan kaedah memperbanyakkan bilangan makanan untuk memberikan harga mampu milik. 

“Saya sering bimbang tentang harga makanan sebagai sewa di KLIA walaupun ia tidak murah, sama seperti kafe dan restoran di KLCC atau Pavilion. 

“Orang ramai sering merungut betapa mahalnya harga makanan di semua tempat ini tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah sewa yang perlu kami bayar untuk berada di semua kedai runcit yang mahal ini. Jadi untuk makanan menjadi harga mampu milik, kita mesti melakukan lebih banyak jumlah untuk menampung kos,” katanya.

Beliau menambah, pembukaan kafe ini yang bertujuan mengetengahkan jenama tempatan di KLIA adalah antara impiannya. Dia dan pasukannya juga mengakui, ia adalah satu cabaran menarik buat mereka.

“Jadi saya rasa ini juga satu lagi cabaran menarik untuk anak saya, pasukan chefnya dan rakan niaga saya untuk memenuhi impian saya serta pasukan pengurusan KLIA memiliki jenama tempatan kami sendiri di lokasi yang begitu menonjol di lapangan terbang.

“Saya suka memperkenalkan masakan Malaysia yang lebih ringkas tetapi enak dan lazat ditambah dengan pelbagai pilihan hidangan kecil yang popular. Cepat, ringkas, sedap dan go,” jelasnya.

Chef Wan memberi nasihat, perniagaan makanan sentiasa berdepan risiko sebelum berjaya dan pembukaan di cawangan KLIA ini dapat memberi peluang orang ramai untuk menikmati hidangan dari kafe tersebut, serta pada masa sama, mempromosikan masakan Asia.

“Dalam perniagaan makanan, anda sentiasa perlu ‘berjudi’ dan mengambil risiko yang diperlukan untuk melihat kejayaan, mesti ada iman dan yakin. 

“Jadi saya rasa mempunyai cawangan di KLIA juga akan membolehkan lebih ramai lagi di luar sana menjamu selera jika mereka mahu. Dalam satu cara saya juga ingin mempromosikan makanan yang baik dan lazat dari dunia masakan Asia kita,” jelasnya.

Kafe Chef Wan telah merangkul Anugerah Hospitaliti Platinum Asia 2023-2024 (HAPA) iaitu Hapa Visionary F&B Entrepreneur, malah dua daripada kafenya menerima anugerah Malaysia’s Best 20 Cafes. Ini termasuk Anugerah Malaysia Top Heritage Gourmet. - Getaran, 1 September 2023

Sumber foto: De.Wan 1958

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia