web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Percaya Kepada Rezeki, Scha Alyahya Tidak Gusar Sokong Palestin

Walaupun sedar perkongsian mengenai Gaza, Palestin di akaun media sosial boleh pengaruhi kontrak dengan jenama antarabangsa, pelakon dan pengacara itu tetap tegas dengan pendiriannya

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 4:50PM

gambar Instagram schaalyahya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nasib yang menimpa rakyat Palestin di Gaza, turut mengundang rasa prihatin pelakon dan pengacara Scha Alyahya.

Lantas, ibu kepada dua cahaya mata itu kurang betah sekiranya tidak turut berkongsi situasi di Gaza di akaun media sosialnya, terutama Instagram, walaupun menyedari ia mungkin menjejaskan hubungan atau kontrak dengan jenama antarabangsa, selaku duta produk.

Menerusi hantaran di Tiktok @mediahiburanofficial, Scha Alyahya atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya menyatakan bahawa beliau tidak gusar berkongsi keadaan rakyat Palestin di Instagramnnya, schaalyahya.

@mediahiburanofficial Pelakon terkenal, Scha Al-Yahya enggan mempedulikan tanggapan segelintir pihak yang kurang senang dengan kelantangannya untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin di media sosial. Menurut Scha, sebagai seorang yang beragama Islam, dia harus memanfaatkan pengaruhnya untuk membangkitkan kesedaran dan mengecam tindakan pihak Israel. #MHnews #MediaHiburan #schaalyahya ♬ original sound - Media Hiburan

“Saya faham perkara ini boleh dikatakan sensitif bagi sesetengah orang tetapi kita duduk di negara Islam, jika pihak lain tidak senang dengan kelantangan saya memperjuangkan Palestin, itu salah mereka sebab logiknya kita ini negara Islam.

“Betul, saya ada banyak kerjasama dengan jenama antarabangsa tetapi kenapa saya perlu takut?” jelas ikon fesyen berkenaan.

Dalam pada itu, Scha berkata, sokongan kepada rakyat Palestin juga perlu dilakukan mengikut tatasusila yang bersesuaian.

“Paling utama, boleh tunjukkan sokongan tetapi jangan menghentam terlalu kasar, kena tahu batas, perlu tahu macam mana nak cakap, benda tu yang penting,” katanya.

Antara perkongsian mengenai Palestin di Instagramnya
Antara perkongsian mengenai Palestin di Instagramnya

Sementara itu, Scha mengakui ada jenama antarabangsa yang menjemputnya menghadiri acara yang dianjurkan, namun dia menolaknya secara baik memandangkan keadaan semasa yang dirasakan tidak sesuai.

“Ada jenama yang sensitif, tetapi kadangkala ada yang terlupa macam suruh hadir sesuatu acara, saya nyatakan kurang selesa dan masanya tidak tepat dengan situasi sekarang.

“Apa yang penting, komunikasi antara kedua-dua pihak dan nampaknya mereka sangat memahami. Tak perlu rasa takut, Allah yang beri rezeki, Insya-Allah.

“Bagi saya, kita kena bijak, perlu ada toleransi dan kerjasama agar semua puas hati. Mujur rata-rata yang kerja dengan saya selalunya faham,” ujarnya.

Terkini, keadaan konflik antara Palestin dan Israel semakin membimbangkan apabila Israel meneruskan ‘fasa kedua’ perangnya untuk menghapuskan kumpulan Hamas di Gaza. - Getaran, 3 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara