web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Naluri Ibu Dorong Siti Nurhaliza Wujudkan Kempen Bantuan Prihatin

Siti Nurhaliza menyasarkan bantuan peringkat pertama untuk 500 orang kanak-kanak dari keluarga memerlukan dengan memberikan sumbangan seperti susu,lampin pakai buang, makanan dan alat belajar.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 9:12AM

Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nalurinya sebagai ibu membuatkan penyanyi tersohor, Dato' Seri Siti Nurhaliza Taruddin cepat tersentuh dengan nasib yang menimpa golongan kanak-kanak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan secara menyeluruh di Selangor dan Kuala Lumpur. 

Atas sebab itu, Siti Nurhaliza telah mewujudkan kempen Bantuan Prihatin 2021 yang dianjurkan Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn.Bhd yang menyasarkan penyampaian sumbangan kepada golongan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan.

Selaku Pengasas Yayasan Nurjiwa merangkap Presiden CTDK Holdings Sdn.Bhd., Siti Nurhaliza berkata, program bantuan ini adalah susulan daripada pelancaran Tabung Bantuan Khas Palestin dan COVID-19 yang dianjurkan Yayasan Nurjiwa, CTDK Holdings dan Kita Fund.

“Usaha membantu untuk Palestin dan juga keluarga yang terjejas akibat pandemik masih lagi dilakukan secara berterusan. 

“Saya dan suami berfikir untuk memfokuskan pula kepada golongan kanak-kanak kerana ada barangan keperluan tertentu yang perlu disumbangkan seperti susu, lampin pakai buang, makanan, alat belajar dan sebagainya.

“Saya akui agak sensitif dengan kanak-kanak, apatah lagi saya sebagai seorang ibu. Inilah antara sebab utama yang menggerakkan hati saya untuk membantu mereka. 

“Bagi saya usaha ini juga akan dapat meringankan beban ibu -bapa yang kehilangan pendapatan dan sebagainya,” katanya kepada portal Getaran.

Menerusi Bantuan Prihatin 2021 ini, Siti Nurhaliza turut mengalu-alukan penglibatan mana-mana pihak NGO, syarikat korporat termasuklah individu untuk turut serta dalam merealisasikan projek kempen untuk golongan kanak-kanak yang memerlukan ini sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin.

“Bantuan Prihatin 2021 untuk kanak-kanak ini diwujudkan selepas kerajaan mengumumkan PKPD di Kuala Lumpur. 

“Saya berharap lebih ramai yang dapat menyertai kami kerana saya berusaha untuk memanjangkan program ini ke seluruh Malaysia. Untuk peringkat pertama, kami menyasarkan bantuan untuk 500 kanak-kanak daripada jumlah sasaran sebanyak 1500 orang,” katanya.

Jelas Siti Nurhaliza lagi, dia benar-benar berharap agar ramai yang akan terpanggil untuk turut sama menjayakan program kempen Bantuan Prihatin 2021 beserta dengan Tabung Bantuan Khas Palestin dan COVID-19 agar ia dapat disalurkan kepada seramai boleh golongan yang memerlukan. 

Tangkapan layar Instagram @ctdk
Tangkapan layar Instagram @ctdk

“Saya akui, usaha secara beramai-ramai ini akan dapat meluaskan lagi bantuan.

“Sejak penubuhan Yayasan Nurjiwa pada tahun 2006 dan kini CTDK Holdings turut berganding bahu dengan disertai NGO serta syarikat lain, kami telah membantu golongan miskin tegar, membeli keperluan sekolah, membantu pelajar, barisan hadapan semasa pandemik dan kini golongan untuk kanak-kanak pula.

“Untuk Bantuan Prihatin 2021, saya berharap program bantuan ini akan dapat meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil,” katanya lagi.

Program bantuan yang dianjurkan Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings iaitu SimplySiti, BeauSiti dan BeauTYRA ini turut disertai syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd., Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd.

Program Bantuan Prihatin 2021 ini boleh dimohon dengan mengisi Google Form sahaja. Keluarga kurang berkemampuan dan mempunyai anak berusia 6 tahun ke bawah layak memohon.

Klik pautan borang Google ini. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan. Permohonan mendapatkan bantuan ini hanya perlu dibuat salah seorang wakil bapa atau ibu sahaja.

Orang ramai juga boleh terus boleh menyumbang ke Tabung Bantuan Khas Palestin dan COVID-19 yang dilancarkan Yayasan Nurjiwa dan CTDK menerusi Kita Fund.

Untuk menyumbang, sila klik link ini atau terus ke laman web Kita Fund. - Getaran, 5 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 13 jam yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

5 Selebriti Lelaki Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

Ada di antara mereka yang dijemput oleh Kementerian Media Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji tahun ini

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

BDS Malaysia Kecewa Dengan Dato’ Sri Siti Nuhaliza

Diva nombor satu popular ini akan terlibat dengan konsert David Foster sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel

oleh Wartawan Hiburan Getaran