web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guru Tolak Vaksin, Sultan Johor Zahirkan Kebimbangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 3:24PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan sejumlah besar guru yang menolak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di negeri ini.

Baginda yang jelas tidak bersetuju dengan penolakan 779 guru berkenaan bertitah, warga pendidik perlu menunjukkan tauladan yang baik terhadap semua pelajar.

Titah baginda, kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami kepentingan vaksin dalam melindungi diri, keluarga serta masyarakat. 

"Golongan guru patut menjadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membahayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. 

“Jangan mudah terpengaruh dengan golongan antivaksin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini. Percayalah kepada pakar perubatan kita yang bertauliah. Mereka yang menolak vaksin ini tanpa sebab yang sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiti (COVID-19),” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, pengambilan vaksin amat penting dan prosesnya perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok, untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. 

Baginda sendiri mengakui bahawa keluarga Diraja Johor juga sudah melengkapkan dos vaksin seperti disarankan kerajaan.

"Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vaksin.

“Saya berharap agar semua rakyat Johor mendapatkan suntikan vaksin dengan segera, supaya boleh kembali bekerja, berniaga dan menjalani kehidupan seperti biasa,” titah baginda. 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang memaklumkan, 779 guru di negeri ini dilaporkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Bagaimanapun beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu dalam memberi penerangan berkaitan kebaikan suntikan, bagi meyakinkan golongan berkenaan untuk mengambil vaksin tersebut.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan keinginan untuk bertemu kumpulan guru berkenaan selepas mendapat tahu mereka enggan mengambil suntikan tersebut. – Getaran, 23 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad