web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dine In Negeri Fasa 1 Dibenarkan, Peniaga Masih Takut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 5:45PM

Suasana di Restoran Nim’s Little Island di Sungai Ramal, Kajang, sebelum COVID-19 melanda dunia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun kebenaran untuk makan di premis sudah dibenarkan sejak 20 Ogos lalu, sejumlah besar peniaga mengakui masih bimbang untuk membenarkan aktiviti dine in, berikutan jumlah jangkitan yang masih terlalu tinggi.

Pemilik restoran Nim’s Little Island di Sungai Ramal, Kajang, Amir Fikri Saifuddin berkata, dia menyambut baik peluang yang diumumkan kerajaan, namun pada masa sama, tidak dapat lari dari turut berasa bimbang.

“Kalau ikutkan, kami masih takut untuk membenarkan pelanggan makan di kedai, sebab kes masih tinggi.

“Waktu sekarang, walaupun sudah dibenarkan makan di kedai, tetapi orang ramai masih takut lagi nak keluar dan makan di luar,” katanya kepada Getaran.\

Antara hidangan istimewa di Restoran Nim's Little Island
Antara hidangan istimewa di Restoran Nim's Little Island

Menurut Amir, restoran ditubuhkan ibunya sejak 16 tahun itu benar-benar terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara, apabila berdepan kerugian lebih 60 peratus, sejak Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) dilaksanakan Mac tahun lalu.

“Bagi memastikan perniagaan kami bertahan, kami terpaksa kurangkan pekerja. Setakat ini, kami akan pantau mana-mana pelanggan yang ingin makan secara ‘dine in’, kami akan pastikan mereka sudah cukup dua dos vaksin. Sekiranya masih belum lengkap, kami galakkan untuk tempah dan bungkus sahaja.

"Jika diikutkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan kafe ini beroperasi secara take away, pendapatan yang diraih tidak begitu tinggi, namun perniagaan tetap perlu diteruskan,” katanya.

Sementara itu, pemilik Restoran Terasa di Taman Puncak Jalil, Ira Nadia Razi, 41 berkata, dia tidak mahu mengambil risiko dengan membenarkan aktiviti dine-in di premisnya, bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

"Saya tidak mahu ambil risiko buka kedai untuk ‘dine in’ kerana kes COVID-19 masih tinggi dan hanya akan beroperasi (untuk dine in) sekiranya jumlah kes rendah nanti.

 "Ia adalah langkah terbaik berbanding berdepan risiko penutupan premis selama 14 hari sekiranya ada pelanggan disahkan positif,” katanya.

Ira bagaimanapun bersyukur kerana perniagaannya setakat ini masih mampu bertahan, kerana turut memiliki beberapa gerai menjual sate.

“Saya masih belum bersedia nak buka kedai sebab dalam keadaan sekarang, sangat rumit dan kami perlu periksa MySejahtera bagi setiap pelanggan untuk memastikan mereka sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing.

“Lagipun kami tidak mahu mengambil risiko kerana varian baharu seperti Delta sangat bahaya. Jadi keputusan untuk tidak membenarkan ‘dine in’ paling selamat setakat ini. Pembelian secara bungkus adalah cara termudah dan selamat,” tambahnya.

Media sebelum ini melaporkan, aktiviti dine in bagi individu yang sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing dibenarkan di semua negeri Fasa 1, bermula 20 Ogos lalu.

Perkara itu diumumkan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan, keputusan berkenaan dicapai dalam sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). – 24 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad