web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lajim Ukin Ditidurkan Selepas Dijangkiti COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 8:01AM

Datuk Seri Lajim Ukin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia Datuk Seri Lajim Ukin mula ditidurkan pada jam 2 petang tadi di Hospital Pakar KPJ di sini untuk rawatan susulan akibat jangkitan COVID-19, demikian menurut pegawai khasnya Ismail Norazman.

Beliau berkata mesej tular kononnya Lajim, yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort, telah tiada adalah palsu dan memohon semua pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu tersebut.

“Saya berharap mesej yang tular tersebut dihentikan dan sebaran berita tidak sahih tidak dikongsi.

“Bersama kita mendoakan kesembuhan Datuk Seri Panglima (Lajim) melawan COVID-19 yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ (di sini),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun meminta semua pihak supaya mendoakan kesihatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu.

“Beliau kini di hospital mendapatkan rawatan kerana dijangkiti COVID-19,” katanya yang juga jurucakap COVID-19 Sabah ketika dihubungi Bernama semalam.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut