web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jason Lo Fail Saman Fitnah Terhadap BERNAMA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 12:52PM

Jason Lo - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyanyi Jason Jonathan Lo telah memfailkan saman terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) atas sebab tuduhan fitnah dalam kandungan laporan berita yang dibuat pada November 2019 dan September tahun lepas.

Dalam penyataan tuntutan yang dibaca oleh The Vibes, Lo, yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif  Tune Talk, menarik perhatian kepada dua artikel yang bertajuk “Jason Lo didakwa menceroboh, menyuntik dadah dalam badan” dan “Jason Lo, rakan didakwa pecah amanah lebih RM200,000”.

Dalam artikel pertama, BERNAMA menyebut dalam laporannya yang plaintif dituduh menceroboh ke dalam sebuah rumah dan menyalahgunakan dadah. 

Selain itu, BERNAMA juga dituduh mendakwa yang Lo telah menyuntik metamfetamin ke dalam badannya.

Lo berpendapat yang artikel itu akan membuat para pembaca memikirkan yang dia seorang pemecah rumah, penceroboh, pencuri, penagih dadah dan penjenayah antara lain.

“Dakwaan dalam artikel bertarikh 18 November itu tidak berasas, bersifat menghasut, tidak perlu dan dan membentuk pembunuhan watak terhadap plaintif.

“Artikel yang sama juga menggunakan deskripsi grafik tentang penyuntikan dadah yang membawa stigma terhadap penggunaan apa sahaja alat untuk tujuan menyuntik ubat-ubatan ke dalam badan plaintif,” baca kenyataan itu.

Lo menegaskan yang BERNAMA secara sengaja tidak memasukkan fakta material dengan menyebut pencerobohan, tetapi tidak menyebut ia adalah rumah yang dimiliki oleh plaintif.

Penyata tuntutan itu juga menyebut yang mahkamah Majistret telah membebaskan palintiff atas tuduhan menceroboh.

Mengenai artikel bertajuk “Jason Lo, rakan didakwa pecah amanah lebih RM200,000” pula, BERNAMA melaporkan pada September tahun lepas yang Lo dan seorang lagi individu terlibat dalam penipuan wang milik syarikat rakaman.

Artikel itu juga menyebut yang wang itu digunakan untuk keuntungan peribadi.

Lo berpendapat yang laporan itu sama sekali tidak berasas, mengelirukan, disensasikan, dan/atau sama dengan sub judice. 

“Artikel yang bertarikh 1 September itu menyatakan yang plaintif secara-terangan mengaku atas tuduhan jenayah, menyentuh kepada butiran yang menjadi persoalan kepada prosiding yang sedang berjalan, gagal untuk mengesahkan ketepatan dan kebenaran maklumat tersebut dan gagal mematuhi etika kewartawanan,” baca penyata tuntutan tersebut. 

Lo juga menyebut pada 3 Februari mahkamah sesi telah membebaskannya daripada kesalahan pecah amanah.

Penyata tuntutan itu juga menyebut yang tidakkan defendan dalam menyiarkan kedua-dua artikel tersebut adalah didorong oleh niat jahat dan/atau niat buruk terhadap plaintif, dan dikira boleh menyebabkan kerosakan pada reputasi plaintif.

Kerana artikel-artikel yang disiarkan oleh defendan, Lo, antara lain, mendakwa bahawa dia mengalami kesusahan dan merosakkan kemampuannya untuk mencari nafkah.

“Plaintif telah mengalami kerugian, kemudaratan ke atas diri sendiri, termasuk kepada perniagaannya dan usaha dan prospek profesionalnya, karier, kewangan, termasuk juga pendapat orang ramai terhadapnya sebanyak kira-kira RM18 juta.”

Lo menuntut ganti rugi, permohonan maaf, penarikan artikel, dan juga perintah untuk menghalang agensi berita nasional itu untuk menerbitkan berita mengenai dirinya lagi. - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 8 bulan yang lalu

BERNAMA Junjung Titah Sultan Selangor Supaya Perangi Berita Palsu

3

Politik 9 bulan yang lalu

Muhammad Sanusi Dilarang Ulang Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bernama Diminta Segera Salur Sumbangan Kepada Keluarga Wan Noor Hayati - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut