web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tutup PPV Kerana Capai Sasaran, Tiada Unsur Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 1:24PM

Orang ramai beratur sebelum dibenarkan masuk ke PPV WTCKL untuk menerima suntikan vaksin pada 31 Mei. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penutupan beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang secara berperingkat dibuat selaras dengan sasaran vaksinasi ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sumber memberitahu Getaran, ia tidak memiliki sebarang kaitan atau agenda politik berkaitan mana-mana parti.

Menurut beliau, dakwaan tersebut amat tidak bertanggungjawab.

“Bila dah ramai yang divaksinasi, banyak PPV tidak lagi relevan, atas banyak faktor, antaranya lokasi dan kapasiti penerima suntikan.

“PPV PWTC dikekalkan atas faktor lokasi yang dan kedudukan strategik, malah sebilangan besar penerima suntikan berpusat di sana,” katanya kepada Getaran, ketika dihubungi.

Maklumat diberikan sumber itu seakan mengesahkan kenyataan dibuat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bahawa proses vaksinasi selepas ini dijangka lebih agresif dan pantas, serentak dengan pembabitan sektor perubatan swasta.

“ProtectHealth melalui pengamal perubatan swasta sudah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam membantu kerajaan mencapai sasaran vaksinasi di Selangor dan Lembah Klang.

“Berikutan itu kita akan menutup sejumlah PPV secara beransur-ansur dan pengamal perubatan swasta akan mempersiapkan keperluan vaksin COVID-19 pada masa depan,” katanya.

Julai lalu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, turut menggesa pihak bertanggungjawab untuk menyatakan kos sebenar keseluruhan pengoperasian PPV berskala mega  bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.

Kenyataan Saifuddin Nasution, turut disokong Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan memperincikan kos pengoperasian kemudahan terbabit.

Beliau berkata, sekiranya terbukti kos ditanggung kerajaan itu tinggi, penjelasan perlu diberikan bagi memastikan ketelusan dan tiada ketirisan yang berlaku. - Getaran, 25 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 5 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 5 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad