web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Ebit Lew, Bukit Aman Tunggu Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 1:48PM

Abd Jalil berkata pihaknya sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan terbabit. - Gambar fail Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman masih menunggu beberapa saksi lagi untuk memberikan keterangan berhubung siasatan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan terbabit.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa dan jumlah mangsa yang tampil setakat ini.

“Kita masih tunggu beberapa saksi lain, bagi mendapatkan dan mengumpul keterangan serta bukti.

“Setakat ini, belum ada perkembangan terbaru lagi, dan orang ramai (yang) ada maklumat boleh tampil (membantu),” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Abd Jalil berkata, lebih daripada seorang saksi sudah tampil memberi keterangan setakat ini, namun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut.

Pada 19 Ogos lalu, pihak polis mengesahkan bahawa Ebit Lew atau sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew telah dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Meskipun memberi kerjasama penuh, Ebit Lew menyifatkan tuduhan gangguan seksual itu sebagai fitnah yang amat  kejam dan melampau.

Beliau bagaimanapun mengakui, sudah memaafkan mereka yang terbabit melemparkan fitnah itu. - Getaran, 25 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

3

Semasa 6 bulan yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Stoking Kalimah Allah Dalam Siasatan, 42 Laporan Polis Diterima Seluruh Negara

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan