web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pecah Amanah Wat Siam, Pesara Kerajaan Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 1:53PM

San Yap Din Ei Yat, 71, dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah berjumlah RM1.77 juta.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang pesara kerajaan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah hampir RM1.8 juta, milik sebuah Wat Siam di Kodiang, Kubang Pasu kira-kira lima tahun lalu.

Tertuduh, San Yap Din Ei Yat, 71, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid di Mahkamah Sesyen, di sini.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu yang merupakan bekas timbalan pengerusi Wat Siam berkenaan, telah diamanahkan dengan penguasaan terhadap wang berjumlah RM1.77 juta.

Dia bagaimanapun didakwa melakukan jenayah pecah amanah antara 7 Mac 2016 hingga 25 Oktober 2016.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Wat Boonyaram, Kodiang yang terletak dalam daerah Kubang Pasu.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurul Suhaila Baharin mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, dia  boleh dipenjara maksimum 10 tahun selain sebatan dan didenda.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 26 September depan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin pada kadar RM15,000 dengan seorang penjamin.

Getaran difahamkan, dia tidak menjelaskan jaminan berkenaan. - Getaran 25 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Bekas Pembantu Tadbir Didakwa Lakukan Pengubahan Wang Haram, Pecah Amanah RM15 Juta

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah, Ubah Wang Haram Lebih RM9 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekas KP MEIO Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad