web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


53,000 Dos Tunggal CanSino Mampu Tingkat Kadar Vaksinasi Sabah - Pengarah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 8:48PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ketibaan 53,000 dos vaksin dos tunggal CanSino semalam diyakini berupaya meningkatkan kadar vaksinasi, menerusi usaha digerakkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Pengarahnya, Dr Rose Nani Mudin berkata, dos yang tiba semalam adalah bekalan di bawah fasa pertama dan akan disusuli fasa seterusnya hingga akhir Ogos nanti.

Menurut beliau, vaksin dos tunggal itu membantu melicinkan proses pemberian vaksin di kawasan pedalaman, khususnya di lokasi yang sukar dimasuki pasukan perubatan.

“JKNS juga akan terus melaksanakan program pemberian vaksin secara Walk In di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Pemberian vaksin melalui walk in ini adalah bagi memberi peluang kepada semua penduduk untuk menerima vaksin, selaras dengan usaha mempercepat pencapaian imuniti kelompok dan mengurangkan risiko jangkitan teruk COVID-19,” katanya di sini.

Dr Rose berkata, orang ramai perlu mempercepatkan pengambilan vaksin bagi melindungi diri, apatah lagi dengan kewujudan varian baharu yang lebih ganas dan berbahaya.

“Data JKNS menunjukkan, 80 hingga 90 peratus pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah mereka yang tidak divaksin,” tegasnya.

Statistik juga katanya, merekodkan bahawa 53.3 peratus penduduk dewasa Sabah sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 31.4 peratus lagi telah melengkapkan proses imunisasi masing-masing.

“Vaksinasi adalah penting sebagai langkah mencegah jangkitan COVID-19, dan tindakan pencegahan di peringkat individu adalah kunci utama untuk menghalang penularan virus ini.

“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) iaitu sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan juga perlu dipraktikkan di mana sahaja,” tambahnya. - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad