web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Exco Kesihatan Kedah Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 5:30PM

Dr. Mohd. Hayati Othman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman disahkan positif COVID-19 selepas melaksanakan misi bantuan ke atas mangsa fenomena kepala air di Gunung Jerai, Sabtu lepas.

Mohd. Hayati ketika dihubungi Getaran memaklumkan, beliau mula mengalami batuk pada Ahad dan demam keesokan harinya.

"Saya kemudiannya menjalani ujian saringan semalam dan disahkan positif COVID-19 bersama isteri.

"Susulan itu, seorang anak saya yang tinggal serumah dengan kami akan turut melakukan ujian saringan tersebut, hari ini," katanya.

Tambahnya, beliau dan isteri yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin, hanya mengalami gejala ringan dan berada pada kategori dua COVID-19.

"Saya tak pasti dari mana sebenarnya jangkitan ini datang. Ketika mengikuti misi bantuan dan mencuci rumah penduduk terjejas pada Sabtu lalu, memanglah ada individu dari kawasan serta negeri lain turut membantu.

"Tetapi mereka semua nampak ceria dan sihat, malah kami mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial dan makan secara berasingan. Tak tahulah sama ada jangkitan ini datang dari sana atau di kawasan-kawasan lain yang saya kunjungi sebelum itu," katanya.

Berikutan itu katanya, beliau amat berharap supaya semua pihak terutamanya mereka yang berkunjung ke kawasan bencana untuk menghulurkan bantuan, memberi penekanan tinggi terhadap pematuhan SOP.

"Perkara itu penting bagi memastikan keselamatan semua pihak terjaga. Jadi saya minta, sama-samalah kita ambil berat hal ini.

"Buat masa sekarang kesihatan saya bertambah baik malah paras oksigen juga berada di antara 96 dan 97 peratus. Berkemungkinan saya hanya akan menjalani kuarantin di rumah," katanya. - Getaran, 26 Ogos 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang