web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permintaan PPABP Melampaui Batas - Muhammad Sanusi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Aug 2021 4:07PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menganggap permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) agar lokasi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dipindahkan ke tempat lebih selamat serta jauh dari tebing Sungai Muda, sebagai sesuatu yang tidak munasabah dan melampaui batas.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, bersandarkan laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya, impak projek tersebut kepada Sungai Muda adalah tidak signifikan serta boleh diabaikan kerana kualiti air akan kekal sama seperti sekarang, apabila semua langkah mitigasi yang disyorkan, dilaksanakan di tapak projek.

Justeru katanya, jika kerajaan Pulau Pinang atau PBAPP terus menyuarakan kebimbangan terhadap isu berkenaan, kebimbangan itu boleh dianggap tidak berasas atau sengaja direka dengan tujuan mencetuskan kacau ganggu bagi memberi persepsi buruk orang awam terhadap KXP.

"Apa yang saya boleh katakan, kerajaan Kedah tahu bagaimana hendak menguruskan tanggungjawab kami manakala di pihak Pulau Pinang, mereka dituntut menunaikan tanggungjawab membayar kepada rakyat Kedah untuk air yang mereka ambil dari sungai dan hutan kami.

"Kenyataan media PBAPP sebelum ini bagi saya tidak berasas kerana mereka seperti sengaja hendak mencetuskan keraguan dan kebimbangan terhadap perkara yang belum berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan 44 perenggan malam tadi, bagi menjawab satu persatu keraguan ditimbulkan PBAPP terhadap projek tersebut, baru-baru ini.

Permintaan memindahkan lokasi KXP serta Kedah Aerotropolis disuarakan PBAPP menerusi satu kenyataan pada 23 Ogos lalu, kerana mereka mendakwa, laporan EIA menyatakan fasa pembinaan dan operasi kedua-dua projek tersebut boleh menyebabkan sungai tersumbat, mencemar serta menurunkan kualiti air.

Muhammad Sanusi menambah, keseluruhan aspek alam sekitar telah dikaji secara teliti dengan penggunaan pelbagai metodologi saintifik untuk memastikan kesemua impak alam sekitar, diambil kira kajian tersebut.

"Bersandarkan impak alam sekitar yang dikenal pasti, langkah mitigasi telah pun dicadangkan mengikut amalan pengurusan terbaik (BMP) supaya sungai dan alam sekitar tidak terjejas.

"Selain itu, kualiti Sungai Muda juga tidak akan terjejas kerana kolam dan pagar kelodak akan dibina di sepanjang kawasan sempadan, meliputi zon penampan dengan Sungai Muda," katanya.

Tambahnya, jarak paling hampir antara zon pembangunan lapangan terbang dengan Sungai Muda adalah sejauh 550 meter, berbanding minimum 50 meter seperti ditetapkan dalam garis panduan.

Muhammad Sanusi memberitahu, projek itu juga dalam masa sama akan menerapkan konsep lapangan terbang hijau dengan mengaplikasikan amalan kitar semula.

"Reka bentuk pengurusan sisa pesawat mematuhi International Civil Aviation Organization (ICAO) Eco Toolkit yang merupakan garis panduan utama untuk pembangunan lapangan terbang.

"Kesemua langkah mitigasi diambil kira serta dilaksanakan dengan tiada sisa cecair atau pepejal akan dilepaskan secara terus ke dalam sistem perparitan, yang kemudiannya mengalir ke sungai," katanya. – Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki