web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Penganggur Ditangkap Disyaki Curi Tabung Masjid Dan Surau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 7:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menangkap dua lelaki kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah tabung masjid, surau dan premis perniagaan di sekitar daerah Perak Tengah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata kedua-dua suspek berumur 19 dan 24 tahun dan tidak bekerja itu ditahan secara berasingan pada Khamis dan Sabtu lepas.

“Kedua-dua suspek yang beralamat di Bota, Parit masing-masing mempunyai sembilan dan 10 rekod lampau membabitkan kes samun, pecah rumah dan dadah. Suspek berumur 19 tahun itu disyaki mencuri tabung di enam masjid dan sebuah surau termasuk empat premis perniagaan di sekitar kawasan Seri Iskandar, Bota dan Kampung Gajah.

“Seorang lagi suspek disyaki mencuri di lima masjid dan sebuah surau di sekitar Bota dan Seri Iskandar. Kedua-duanya dipercayai melakukan kegiatan itu secara berasingan sejak tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang tamat reman hari ini akan disambung lagi bermula esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380 kanun sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut