web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Pengabaian, Warga Emas Meninggal Pesakit COVID-19 - Pengarah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Aug 2021 11:13AM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan warga emas, yang didakwa diabaikan oleh petugas hospital, cuba bangun selepas terjatuh.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kejadian melibatkan warga emas yang didakwa tidak dipedulikan di Hospital Lama Sungai Petani hingga meninggal dunia, sebenarnya berlaku ketika petugas baru selesai melakukan rondaan dan menanggalkan pakaian perlindungan diri (PPE).

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Othman Warijo berkata, warga emas tersebut yang juga merupakan pesakit COVID-19, dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada 26 Ogos lalu.

Pada hari kejadian katanya, petugas perubatan serta jururawat sudah menanggalkan pakaian perlindungan diri (PPE) kira-kira jam 1.45 petang setelah selesai melakukan rondaan di wad tersebut.

“Namun kira-kira jam 2.25 petang, petugas wad diberitahu oleh pesakit lain bahawa individu berkenaan telah terjatuh dari katil.

“Pegawai perubatan kemudiannya bergegas menyarung semula PPE dan mengambil masa kira-kira lima minit, lalu terus memeriksa keadaan pesakit yang terbaring di lantai. Pesakit itu bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda masih bernafas,” katanya di sini, hari ini.

Kejadian itu yang dikatakan berlaku semalam, tular di media sosial apabila tersebar klip video memaparkan pesakit berkenaan dalam keadaan terhuyung-hayang cuba berpaut pada katil, sebelum terbaring di lantai dan meninggal dunia.

Mesej yang tular bersama klip video itu mendakwa, warga emas tersebut tidak dipedulikan selama hampir setengah jam, malah doktor dan jururawat juga dikatakan hanya bersikap sambil lewa.

Dr Othman memaklumkan, pesakit terbabit memiliki sejarah beberapa penyakit kronik dan menghidap COVID-19 kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen.

Malah jelas beliau, keadaan lelaki itu juga kurang stabil sepanjang berada di wad, dan memerlukan bantuan oksigen bertekanan tinggi.

“Pesakit bagaimanapun kelihatan tidak selesa dengan alat bantuan oksigen dipakaikan, menyebabkan dia dipantau lebih kerap oleh petugas kesihatan yang boleh bertutur dalam bahasa ibundanya bagi memudahkan komunikasi.

“Selepas kejadian, warga emas tersebut telah dinaikkan semula di katil dan disahkan meninggal dunia akibat ‘Severe COVID-19 Penumonia’,” katanya.

Dr Othman berkata, pakar perubatan telah bertemu dengan ahli keluarga pesakit pada hari kejadian dan menjelaskan situasi sebenar.

“Ahli keluarga sememangnya telah maklum dengan keadaan pesakit yang kian merosot sebelum itu, dan menerima baik penjelasan diberikan pihak hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, setakat semalam pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. - Getaran 31 Ogos 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi