web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cahaya Kemerdekaan, Kampung Bukit Meranti Tidak Lagi Bergelap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Aug 2021 12:28PM

Suasana malam dilimpahi lampu solar di Kampung Bukit Meranti.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64 nyata membawa seribu makna buat masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Meranti, di sini, apabila kehidupan malam mereka tidak lagi diselubungi kegelapan.

Tidak lagi bergantung kepada cahaya lilin dan pelita, kehidupan komuniti suku Temuan tersebut semakin ceria dengan sumbangan tenaga solar di perkampungan berkenaan.

Ia jauh berbeza dengan situasi dialami penduduk sebelum ini, apabila perlu membelanjakan sehingga RM240 sebulan bagi membeli petrol untuk set generator.

Sumbangan lampu bertenaga solar oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Unit Response Team (URT) Aslam Resource, menerusi Program Sentuhan Merdeka itu nyata membawa seribu rahmat buat penghuni kampung, yang sememangnya mengimpikan untuk keluar daripada kegelapan sejak sekian lama.

Suri rumah, Kuntum Tepung, 29, berkata, kegembiraan yang lahir sebaik mendapat tahu kampung mereka tidak lagi bergelap amat sukar digambarkan.

Kuntum Tepung
Kuntum Tepung

“Pada mulanya saya menyangkakan ia sekadar gurauan, tapi rupanya betul. Kampung saya tidak lagi bergelap.

“Kini kami tidak lagi risau risiko terbakar, malah anak-anak mahu belajar pada waktu malam pun senang,” katanya, gembira.

Jumaat Hussein, 26, pula berkata, dia mewakili penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terbabit kerana membawa sinar baharu dalam kehidupan harian mereka.

Jumaat Hussein
Jumaat Hussein

Katanya, pergerakan penduduk selama ini agak terbatas di waktu malam kerana keadaan sekitar yang gelap boleh mengundang bahaya jika tidak berhati-hati.

“Dengan adanya bekalan lampu solar ini, kami tidak lagi perlu membawa pelita atau lilin untuk bergerak.

“Jika hendak berkumpul pun dan berborak bersama keluarga sudah senang malah anak- anak yang sekolah pun dapat belajar di waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi URT Aslam Resources, Datuk Mohd Yusoff Abu Hassan berkata, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha untuk membawa perubahan dan sinar baharu kepada komuniti Orang Asli, sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Sukarelawan URT Aslam Resources memasang lampu solar.
Sukarelawan URT Aslam Resources memasang lampu solar.

Pembangunan masyarakat Orang Asli katanya, tidak sewajarnya dipinggirkan kerana mereka berhak menikmati segala kemakmuran yang ada di Malaysia.

“Lampu solar ini akan menyala secara automatik pada waktu malam dan diharap suasana ini dapat menyuntik sedikit keceriaan dalam kehidupan seharian mereka.

“Suku Temuan ini juga berhak merasai kehidupan lebih baik, sama seperti penduduk kampung yang lain,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 6 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

4

Usahawan 1 tahun yang lalu

Pekebun Orang Asli Jual Keledek Guna TikTok, Facebook

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia