web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 400 Kawasan Di Selangor, Putrajaya Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 4:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 463 kawasan dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti tugas berikutan pencemaran bau  yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada 11.10 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, gangguan bekalan air itu meliputi lima wilayah Air Selangor iaitu 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

Beliau berkata, pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com serta aplikasi Air Selangor.

Menurutnya Air Selangor sedang bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar sungai berkenaan.

Katanya Air Selangor juga telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air kecemasan kepada para pengguna terlibat.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa, dan pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pemulihan Bekalan Air Tahap Kedua Bermula Jam 6 Pagi - PBAPP

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia