web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


HDOK Sesak, Sabah Dilanda Gelombang Baharu COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 8:52PM

Wad perempuan dengan 38 katil telah diubahsuai bagi dijadikan wad untuk pesakit COVID-19 di HDOK.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sabah disahkan berdepan gelombang baharu COVID-19, yang membawa kepada peningkatan kes pada skala membimbangkan.

Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin berkata, senario itu adalah punca yang membawa kepada situasi genting di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di Sandakan ketika ini.

Menurut beliau, pengurusan HDOK telah mengambil langkah proaktif dengan membuka lebih banyak wad bagi menampung kemasukan pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan oksigen.

“Dalam hal ini, wad perempuan telah digunakan untuk menempatkan pesakit COVID-19 dengan kapasiti 38 katil.

“HDOK memiliki 166 port oksigen dan 42 tangki oksigen yang mempunyai kapasiti 3,000 dan 6,000 liter. Bagi menampung keperluan oksigen di hospital berkenaan, pihak hospital telah mendapatkan 30 tangki oksigen tambahan, masing-masing 10 dari Hospital Kinabatangan dan 20 tangki oksigen dari Hospital Beluran," katanya di sini.

Dr Rose Nani memberitahu, data Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mendapati, 80 hingga 90 peratus pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) terdiri daripada individu yang belum divaksin.

“Sehingga semalam, 59.1 peratus penduduk dewasa di Sabah telah memperolehi satu dos vaksin manakala 40.0 peratus lagi telah melengkapkan imunisasi masing-masing,” katanya.

HDOK menjadi sebutan ramai apabila satu hantaran tular di Facebook semalam, berhubung dakwaan seorang pengguna bahawa hospital terbabit berada dalam keadaan tenat dan hampir lumpuh, kerana peningkatan kes COVID-19.

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan memberitahu, ramai pesakit COVID-19 tersadai di bahagian kecemasan selama tiga hingga empat hari sebelum dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan.

Individu berkenaan turut menjelaskan bahawa kapasiti bahagian kecemasan juga beroperasi melebihi had, manakala peranti penumpu oksigen (Oxygen Concentrator) dalam jumlah lebih banyak sangat diperlukan.

Dia turut mendakwa, senario tersebut memaksa pihak hospital  mengamalkan konsep first come, first serve untuk pesakit yang memerlukan oksigen, malah rumah mayat juga penuh dengan mayat pesakit COVID-19 yang menunggu giliran untuk dikebumikan. – Getaran, 1 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia