web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Culik Selamat, 4 Suspek Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 1:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Seorang lelaki Bangladesh yang menjadi mangsa culik berjaya diselamatkan, susulan penangkapan empat suspek termasuk wanita tempatan, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua suspek termasuk dua lelaki warga Bangladesh itu ditahan di hadapan kedai di TTDI Grove dan sebuah rumah di Bandar Teknologi Kajang di sini, dijadikan lokasi bagi mengurung mangsa.

Katanya, kumpulan itu didakwa meminta wang tebusan sebanyak RM50,000 daripada isteri mangsa yang berada di Bangladesh bagi membebaskan suaminya.

"Semalam pada jam 12.05 tengah malam, pihak kami menerima satu laporan dari seorang pengadu warga Bangladesh, berhubung kehilangan seorang pekerjanya sejak 27 Ogos lalu, dipercayai kerana diculik.

"Hal ini (penculikan) diketahui pengadu melalui isteri mangsa yang berada di Bangladesh," katanya di sini.

Mohd Zaid berkata, siasatan awal mendapati mangsa dilarikan suspek lelaki ketika berada di kawasan Jelok Ria, sebelum mereka bertindak menghubungi isteri mangsa untuk menuntut wang tebusan berjumlah 1 juta taka (RM50,000).

"Isteri mangsa yang ketakutan telah melakukan transaksi tersebut melalui akaun bank tempatan di Bangladesh yang dimiliki individu tidak dikenali. 

"Suspek turut meminta tambahan sebanyak RM50,000 sebagai balasan membebaskan mangsa, namun permintaan itu tidak dapat dipenuhi kerana isteri mangsa telah kehabisan duit," katanya.

Wanita terbabit jelas Mohd Zaid lagi, menghubungi pengadu bagi memohon bantuan, sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

"Polis menemukan mangsa dalam keadaan lemah dengan kedua tangan bergari dan kaki dirantai serta dikunci dengan mangga, selepas lokasi penculikan didedahkan suspek.

"Kesemua suspek dihadapkan ke Mahkamah Kajang hari ini bagi tujuan tahanan reman," katanya.

Menurut Mohd Zaid, kes disiasat di bawah Seksyen 365/384 Kanun Keseksaan, kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dan jika disabitkan kesalahan, kesemua suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda. 

"Menurut Seksyen 384 Kanun Keseksaan pula, pelaku boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau didenda atau sebatan, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Mohd Zaid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Suresh Krishnan. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka