web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Video Viral Gaduh Depan Kedai, Polis Cari Dua lelaki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:36PM

Tular video 2 lelaki sedang bergaduh di hadapan sebuah kedai di Parit 2, di Bagan Serai dan kini pihak polis sedang mengesan kedua-duanya. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Parit 2 di sini, susulan tersebarnya video pergaduhan itu di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi tiga minit itu memaparkan dua lelaki bergaduh dengan seorang daripadanya memegang topi keledar.

Menerusi video itu, mereka juga didapati masih bertikam lidah selepas bergaduh, dengan seorang daripada mereka mengalami kecederaan di muka.

Pertalian kedua-dua lelaki berkenaan dan punca kejadian masih tidak dapat dipastikan.

Rakaman video bagaimanapun menyebut keduanya adalah adik-beradik dan perebutan wanita menjadi punca pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menerima satu makluman berkaitan video pergaduhan itu semalam.

Katanya, satu laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Menurut beliau, kedua-dua lelaki terbabit didapati melakukan kesalahan kerana bergaduh di tempat awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar,” katanya di sini, hari ini.

Mazuki berkata, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali. - Getaran, 4 September 2021

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Sukan 22 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri