web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa Hilang 14 Ahli Keluarga, Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Sep 2021 12:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengesahkan seorang petugas syarikat itu ditahan bagi membantu siasatan, berhubung satu kenyataan palsu membabitkan kematian 14 sekeluarga akibat COVID-19.

Konglomerat swasta itu juga menegaskan, mereka bersedia memberikan sepenuh kerjasama yang diperlukan bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar.

Menurut PETRONAS, lelaki tersebut adalah pekerja di Kompleks Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

“Individu terbabit juga didakwa telah menerima sumbangan atas perkara berkenaan. Pihak PETRONAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan.

“PETRONAS sama sekali tidak menyokong perbuatan salah laku seperti itu, sama ada (yang dilakukan) oleh kakitangan atau kontraktor,” katanya.

Kes terbabit turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menyiarkan kenyataan rasmi PETRONAS di akaun rasmi Twitter milik baginda.

Menerusi ciapan tersebut baginda bertitah, pihak atasan telah menasihati PETRONAS untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

“Setelah mendapat laporan penuh daripada Pegawai Daerah, pihak atasan telah menasihati PETRONAS untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu,” titah baginda.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya sedang menyiasat kesahihan satu dakwaan, membabitkan seorang petugas PETRONAS Pengerang yang dikatakan kehilangan 14 ahli keluarga akibat COVID-19.

Dakwaan dibuat lelaki berkenaan sebelum ini tular di WhatsApp dan Facebook, selepas dia mengaku kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu akibat COVID-19.

Mesej berkenaan turut disertakan dengan permintaan agar orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas, bagi meringankan beban ditanggung lelaki tersebut. - Getaran, 5 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia