web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MRSM, Cadangan Hanya Buka Untuk Murid SK Dan SMK Dibatal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Sep 2021 6:33PM

Mahdzir menyampaikan mesin hemodialisis serta 10 kerusi roda sumbangan Pelitawanis TNB kepada Pengarah Hospital Kuala Nerang, Dr Muhammad Shauqi Abdul Kadir (kanan) sambil diperhatikan Pengerusi Pelitawanis TNB Cawangan Alor Setar, Siti Safinaz Kamaruddin (dua dari kiri), hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Kerajaan hari ni mengumumkan pembatalan cadangan untuk hanya membuka permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu bermakna kesemua pelajar termasuk dari sekolah agama dan vernakular, kembali berpeluang untuk memohon mendapatkan tempat ke pusat pengajian itu.

Katanya, langkah itu diputuskan setelah pihaknya mengadakan perbincangan bersama kepimpinan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Pembatalan ini bermakna kita kembali ke dasar asal dengan pelajar dari sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga boleh membuat permohonan.

“Proses selanjutnya termasuk pembaharuan di laman web berhubung permohonan ke MRSM, kita serahkan kepada pengurusan MARA untuk melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan mesin hemodialisis serta 10 kerusi roda sumbangan Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis) Alor Setar dan Jitra kepada Hospital Kuala Nerang di sini, hari ini.

Laman Rasmi MRSM bagi kemasukan 2022 sebelum ini menyatakan, kemasukan bagi tingkatan satu dan empat hanya dibuka kepada calon dari SK dan SMK sahaja.

Itu bermakna, permohonan dari pelajar SJKC, SJKT, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan tidak lagi dipertimbangkan seperti sebelum ini.

Keadaan itu mendorong beberapa pemimpin pembangkang antaranya Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa menggesa kerajaan supaya menimbangkan semula dasar tersebut, memandangkan kuota 10 peratus untuk golongan bukan bumiputera telah diwujudkan sejak 2002.

Turut merayu pertimbangan kerajaan ialah Jawatankuasa Permuafakatan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor.

Dalam pada itu Mahdzir berkata, pembatalan cadangan itu dijangka tidak memberi sebarang masalah kepada mana-mana pihak memandangkan tarikh tutup permohonan adalah pada November 2021.

“Lagi pun sebelum ini kalangan pelajar telah mengambil peperiksaan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM),” katanya.

Untuk rekod, terdapat 55 MRSM di seluruh negara yang mampu menampung 37,198 pelajar.

Setiap sesi pengambilan tahunan akan melibatkan kira-kira 7,500 pelajar tingkatan satu dan 2,000 dari tingkatan empat. - Getaran, 5 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Selesai Rakam Keterangan Teo

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

3

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Penggunaan Bahasa Cina, Tamil Sebagai Bahasa Pengantar Di Sekolah Vernakular, Berperlembagaan

4

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Jurang Pendidikan Di Borneo Akan Terus Dirapatkan, Fokus Pada Sekolah Daif - Fadhlina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang