web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelantikan Muhyiddin Percaturan Politik Kukuhkan Kuasa PM - PEJUANG

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 8:26PM

Keputusan perdana menteri melantik Muhyiddin dalam tampuk pemerintahan kerajaan amat mengecewakan. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembabitan semula Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tampuk pemerintahan kerajaan hanyalah satu percaturan politik untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Ulya Husamudin berkata, keputusan dibuat oleh Ismail Sabri itu amat mengecewakan, selepas mengambil kira kegagalan Muhyiddin untuk membendung penularan pandemik COVID-19.

“Atas prestasi yang buruk ini, tentu ramai yang tertanya-tanya apa pertimbangan yang dibuat untuk melantik Muhyiddin? Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang sama dengan mengharapkan hasil berbeza.

“Sehingga ke tarikh peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin telah terbukti gagal dalam mengawal wabak sehingga kes harian meningkat berkali ganda daripada jumlah kes ketika beliau mengangkat sumpah,” katanya di sini.

Menurut beliau, pelantikan tersebut jelas hanyalah satu tindakan strategi politik semata-mata bagi mengukuhkan kedudukan Ismail Sabri menjelang sidang parlimen akan datang.

“Semestinya ia bukan demi kemaslahatan rakyat. Jika titah Yang di-Pertuan Agong ditaati oleh Ismail Sabri, maka satu usul undi percaya ke atasnya harus dilakukan pada sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 13 September ini demi mengabsahkan sokongan majoriti Ahli Parliamen.

“Antara kegagalan pentadbiran Muhyiddin, adalah kemarahan rakyat yang dizahirkan dengan gerakan #KerajaanGagal apabila belasan ribu keluarga kehilangan orang tersayang dan kempen bendera putih oleh penduduk yang ketiadaan mata pencarian,” tegasnya.

Ulya turut mempersoalkan “kuasa setaraf Menteri” diberikan kepada Muhyiddin yang seharusnya disertai kumpulan teknokrat dan golongan profesional.

“Ismail Sabri semalam mencetuskan pelbagai persoalan dengan seolah-olah mengulangi pendekatan “scheme of things” yang dilakukan Perdana Menteri sebelumnya.

“Pemimpin yang terbukti gagal tidak seharusnya diangkat bagi memimpin rakyat,” jelasnya. - Getaran, 5 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 3 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia