web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johor Terima 300,000 Dos SinoPharm - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 3:11PM

SinoPharm - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal menjadi penyumbang kedua vaksin kepada Johor selepas Singapura.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, ia melibatkan 300,000 dos vaksin jenis SinoPharm.

Menurut beliau, ia sedikit sebanyak adalah hasil usaha mantan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membantu sebagai pemudahcara proses penerimaan vaksin berkenaan.

“Atas usaha ini, kerajaan negeri berhasil menerima sumbangan 300,000 dos vaksin SinoPharm daripada kerajaan UAE,” katanya, ketika menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini, hari ini. 

 Hasni Mohammad - Gambar fail dari Pejabat Menteri Besar
Hasni Mohammad - Gambar fail dari Pejabat Menteri Besar

Hasni berkata, Singapura juga sudah mengesahkan pemberian 100,640 dos tambahan vaksin jenis Pfizer kepada Johor.

“Sebelum ini, pemerintah Singapura sudah menyumbang 200,000 dos vaksin Sinovac kepada kita pada 29 Julai lalu, sebagai tanda persahabatan erat Johor dan republik berkenaan.

"Pada masa terdekat ini pula, sebanyak 100,640 dos vaksin Pfizer pula kepada kerajaan negeri," jelasnya. 

Beliau berkata, sumbangan itu dijangka membantu kerajaan negeri mencapai sasaran 100 peratus penerimaan sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 16 September, dan suntikan lengkap pada minggu ketiga Oktober.

Sebagai rekod, jumlah vaksin yang diterima negeri ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 4,713,800 dos bermula 1 Mac lalu hingga semalam. 

Ia mencakupi 2.5 juta dos Pfizer, 1.8 juta Sinovac dan 410,750 AstraZeneca. – Getaran, 6 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia