web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pasukan Petugas, RCI Perlu Ditubuhkan, Siasat 1BestariNet

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 4:05PM

Isham Jalil - Gambar dari Facebook Isham Jalil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa membentuk pasukan petugas khas atau suruhanjaya diraja untuk menyiasat projek 1BestariNet yang melibatkan belanja berbilion ringgit, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil.

Gesaan itu dibuat beliau selepas bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mendakwa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab atas peletakan jawatannya yang dikaitkan dengan isu kontrak projek tersebut.

Isham menyuarakan kebimbangan dalam Facebooknya dan menganggap projek tersebut melibatkan jumlah wang yang besar bernilai RM3 bilion.

Isham ketika memberitahu The Vibes berkata, isu berkenaan telah memakan masa bertahun-tahun namun masih jawapan.

"Kerajaan mesti menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara ini bagi mengetahui ke mana perginya RM3 bilion itu," kata Isham kepada The Vibes.

Free Malaysia Today semalam melaporkan Maszlee mendakwa Muhyiddin mendesak Dr Mahathir Mohamad memintanya meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan kerana isu kontrak membabitkan YTL Communications Sdn Bhd.

Dalam buku terbaharunya “Memori Bukan Memoir”, Maszlee berkata beliau dipanggil sebanyak lima kali untuk bertemu Mahathir yang juga Perdana Menteri ketika itu, mengenai perkara terbabit.

Maszlee berkata, daripada dua pertemuan itu, kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan turut bersamanya menjelaskan keputusan untuk tidak menyambung kontrak YTL sebagai penyedia khidmat untuk projek 1BestariNet, yang dimulakan Muhyiddin pada 2011 ketika menjadi Menteri Pendidikan.

Menurut Maszlee, projek itu yang direka bagi memastikan saling hubungan serta platform pembelajaran dalam talian untuk guru, pelajar serta ibu bapa, kerap dikritik kerana perkhidmatan internet yang lembab. - Getaran, 7 September 2021.

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 15 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan