web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Negeri Ikut Jejak Langkah Sarawak Vaksin Golongan Remaja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 9:33PM

Khairy Jamaluddin melawat tapak hospital medan baharu di Lapangan Terbang Lama Tawau, di Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kuala Lumpur, Labuan dan Selangor bakal menurut jejak langkah Sarawak untuk memulakan pemberian vaksin COVID-19 ke atas remaja berusia di bawah 18 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan dasar itu dibuat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Menurut beliau, langkah berkenaan akan diikuti negeri lain yang telah mencapai kadar vaksinasi dewasa sebanyak 80 peratus.

“Kelulusan telah dibuat Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk meluluskan penggunaan vaksin Pfizer kepada golongan berkenaan.

“Pekeliling sudah pun dikeluarkan Ketua Pengarah (Kesihatan) untuk memulakan vaksinasi (kepada remaja),” katanya kepada media, di tapak Lapangan Terbang Lama Tawau, Jalan Utara, di sini, hari ini.

Program berkenaan jelas beliau, bakal membabitkan 76,400 penerima di Sarawak.

“Selain remaja berusia 16 dan 17 tahun, vaksinasi turut ditawarkan kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang mengalami risiko kesihatan, seperti tahap antibodi badan yang rendah.

“Penilaian risiko juga mendapati kebaikan daripada vaksin jauh lebih besar berbanding risiko ke atas penerima,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai jumlah dos digunakan, Khairy berkata ia menyamai isipadu diberikan kepada penerima dewasa.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor  Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Rose Nani Mudin melawat tapak hospital medan baharu di Lapangan Terbang Lama Tawau.

"Kementerian Kesihatan (KKM) menerima tawaran daripada satu yayasan antarabangsa untuk membiayai pembinaan hospital medan ini.

"Ketua Setiausaha (KKM)  sedang membuat pertimbangan sewajarnya dan kami akan membuat ketetapan dalam masa terdekat," katanya.

Tambah Khairy, hospital medan berkenaan akan dilengkapi 108 katil dan dua dewan pembedahan.

"Saya melihat hospital medan ini adalah idea sangat baik digunakan untuk COVID-19 atau menampung kapasiti keperluan rawatan, sementara menunggu bangunan baharu Hospital Besar Tawau siap tahun hadapan," katanya. - Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia