web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tumpu Isu Emosi, Mental Petugas Kesihatan Di Parlimen - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 4:29PM

Pendekatan memerangi pandemik COVID-19 perlu melibatkan penjagaan emosi dan mental petugas kesihatan. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendekatan memerangi pandemik COVID-19 tidak seharusnya tertumpu kepada strategi mengawal penularan, sebaliknya turut membabitkan tahap emosi dan mental petugas kesihatan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan perlu memberi fokus terhadap aspek pengurusan, persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan kakitangan secara lebih berkesan.

“Saya meneliti laporan mengenai luahan petugas kesihatan yang mengalami tekanan dan gangguan emosi sepanjang bertugas memerangi pandemik COVID-19.

“Pengorbanan mereka tanpa henti wajar mendapat pembelaan dan perhatian,” katanya hari ini.

Ketua Pembangkang itu berkata, isu kesihatan mental petugas kesihatan ini juga seharusnya diutamakan ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu depan.

“Isu kesihatan mental petugas kesihatan ini perlu menjadi perkara utama yang akan disentuh sewaktu sidang Parlimen minggu depan.

“Perkara ini juga harus diambil kira Menteri Kesihatan baharu,” katanya. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 4 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia