web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jelaskan Tahap Persiapan Buka Sekolah - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Sep 2021 4:36PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Dr Radzi Jidin diminta menjelaskan tahap persiapan dan persediaan yang dilaksanakan kementeriannya susulan pembukaan sekolah secara bersemuka pada 3 Oktober ini.

Penjelasan itu bagi memastikan sesi persekolahan berjalan lancar serta suasana pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung dalam keadaan lebih selamat.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, penjelasan itu mencakupi pemberian vaksinasi guru, kekerapan ujian saringan yang perlu dijalani dan protokol sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah.

Katanya, Radzi juga perlu menjelaskan aspek kepadatan setiap kelas serta pengudaraan ruang belajar dan bilik guru ketika tempoh pandemik ini.

“Beliau mesti turut memberikan penjelasan mengenai isu keciciran dan pemulihan ‘lost generation’,” katanya.

Fahmi berkata demikian menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.

Bulan lalu, Kementerian Pendidikan (KPM), mengumumkan sesi persekolahan bersemuka akan dimulakan pada 3 Oktober depan selepas tarikh berkenaan ditangguh daripada 1 September seperti ditetapkan sebelum ini.

Pembukaan itu akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas membabitkan peperiksaan, bagi menggantikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dilaksanakan akibat pandemik COVID-19.

KPM turut menyatakan akan mengumumkan pelan komprehensif mengenai pengoperasian sekolah dalam tempoh terdekat. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia