web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petik Buah Terap, Lelaki Disangka Kera Maut Ditembak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Sep 2021 8:43PM

Seorang lelaki yang disangka kera maut ditembak ketika sedang memetik buah terap di sebuah kebun di Kampung Kejapil, Bekenu, Miri, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Seorang lelaki yang disangka kera maut ditembak ketika sedang memetik buah terap di sebuah kebun di Kampung Kejapil, Bekenu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Hakemal Hawari berkata, mangsa Mohamad Hallim Jamee, 32, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Kejadian berlaku sekitar jam 12.20 tengah hari ketika mangsa berada di atas pokok terap yang tingginya lebih kurang 32.6 meter. 

“Tiba-tiba seorang lelaki warga emas yang menyangka mangsa seekor kera melepaskan tembakan,” katanya kepada Getaran hari ini.

Hakemal berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek berusia dalam lingkungan 70-an telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Polis turut merampas selaras senapang patah dan juga 13 butir peluru hidup yang digunakan suspek untuk menembak mangsa.

“Suspek kini ditahan reman di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1 tengah hari dan sampai di lokasi kejadian yang jaraknya 66 kilometer pada jam 2.25 petang.

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah yang menaiki kenderaan pacuan empat roda kemudiannya terpaksa berjalan kaki sekitar tiga kilometer melalui jalan kebun kerana tiada akses untuk jentera bomba. 

“Setibanya pasukan Bomba di lokasi, terdapat seorang mangsa berada di atas pokok terap itu,” katanya.

Katanya, pasukan Bomba terus bertindak memanjat pokok berkenaan dengan membawa tali penyelamat untuk menurunkan mangsa.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan jam 4.40 petang. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Rekod Peningkatan Drastik Kebakaran Terbuka 2 Bulan Pertama 2024 - Nga

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Banjir Kilat: Bomba Selamat 2 Wanita Terperangkap Dalam Kereta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia