web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


17 Individu Asyik Berparti Dicekup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 12:01PM

17 orang ditahan polis ketika sedang berparti di 2 unit kondominium di Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka, malam tadi. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Seramai 17 individu dicekup polis ketika sedang leka berparti di dua unit kondominium di Jalan Persisiran Bunga Raya, di sini, malam tadi. 

Kesemua mereka ditahan dalam Op Noda oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Melaka kira-kira jam 11 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner (ACP) Mohd Sukri Kaman berkata, kesemua individu berusia 17 hingga 35 tahun itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, pihaknya yang menerima maklumat awam mengenai aktiviti tersebut bertindak mengadakan pemeriksaan di dua unit berasingan di premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan di kedua- dua unit kondominium, didapati 17 individu termasuk dua remaja perempuan sedang asyik berpesta sesama sendiri.

"Siasatan mendapati tiada penganjur yang terbabit dan kami difahamkan, unit kondominium berkenaan disewa pada kadar RM450 sehari," katanya.

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing juga mengesahkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun positif dadah, dipercayai dari jenis metafetamin.

"Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk tujuan penganjuran parti tersebut.

"Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan Negeri Melaka manakala remaja yang didapati positif dadah itu turut berdepan siasatan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Kesemua tahanan juga dikenakan kompaun RM3,000 setiap seorang di bawah Peraturan 16PU (A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021. – Getaran, 11 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia