web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga Ayam Bukan Baharu, 5 Kali Naik Dalam Sebulan - Peniaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2021 8:59PM

Seorang pembeli sedang memilih ayam di Pasar Besar Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kenaikan harga runcit ayam segar di pasaran sejak sebulan lalu bukan sesuatu yang mengejutkan.

Jika sebelum ini, harga ayam segar dijual antara RM7 hingga RM8 bagi setiap kilogram, namun sejak minggu lalu kebanyakan peniaga tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menaikkan harga sehingga lebih RM10 sekilogram.

Sebahagian peniaga ayam proses segar yang ditemui mendakwa, kenaikan itu berlaku akibat penawaran harga di peringkat borong sudah melebihi paras yang biasa ditawarkan.

Azizah Omar
Azizah Omar

Seorang peniaga, Azizah Omar ketika ditemui di Pasar Besar Kuantan berkata, kebanyakan pemborong memberikan alasan kenaikan kos dedak ayam, menyebabkan mereka tidak lagi dapat menawarkan harga biasa kepada penjual.

“Mereka (pemborong) cakap harga makanan ayam (dedak) naik lagi dan harga jualan di ladang (ternakan ayam) juga sudah tinggi, jadi pemborong juga mahu untung dan tolak (jual) kepada kami (peniaga runcit) pada harga lebih tinggi.

“Kami juga perlukan pendapatan (untung), (jadi) tidak ada pilihan lain dan terpaksa jual kepada pelanggan dengan harga lebih tinggi,” katanya kepada Getaran.

Azizah berkata, kenaikan harga ayam secara borong dan runcit itu sudah berlaku sebanyak lima kali dalam tempoh sebulan di sekitar bandar raya Kuantan dan tidak menolak kemungkinan perkara sama turut berlaku di tempat lain.

“Mungkin juga kenaikan harga berlaku selepas kerajaan mula benarkan orang ramai menjamu selera di kedai makan dan restoran, dan jadi berlaku peningkatan permintaan dari kedai (makan) dan restoran,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Wan Zaleha Wan Ahamad turut menyuarakan kebimbangan jika kerajaan gagal mengawal masalah itu daripada terus berlarutan.

Keadaan ini katanya, mengakibatkan peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana pelanggan tidak lagi keluar berbelanja seperti sebelum ini.

“Kita pun risau juga dengan keadaan (kenaikan harga ayam) sekarang dan kalau (kerajaan) tidak boleh pantau, teruk juga kami kerana pelanggan tidak lagi keluar membeli ayam disebabkan harga terlalu tinggi.

“Sekarang pun kami dapat lihat, memang jumlah pelanggan berbelanja di Pasar Besar Kuantan agak berkurangan berbanding sebelum kenaikan mendadak harga ayam segar, jadi (kerajaan) kena buat sesuatulah untuk jaga peniaga dan pelanggan,” katanya.

Seorang pelanggan tetap Pasar Besar Kuantan, Nor Salasiah Mohamad Nor ketika ditemui mengakui, kenaikan harga runcit ayam segar memberi kesan kepada orang ramai, terutamanya mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Bila harga naik, memang pening jugalah sebab anak-anak suka makan ayam, tapi kena tukar beli lauk lain macam ikan atau daging. Tapi, harga ikan dan daging pun mahal juga sekarang ini.

“Kena bijak buat pilihan dan selalunya kita (pelanggan) tidak ada banyak pilihan, tetap kena beli walaupun mahal, cuma kalau yang tidak ada pendapatan tetap, memang terkesan sangat bila berlaku kenaikan harga,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Syed Sallehuddin Syed Mohamad, berkata bukan mudah untuk dia menukar menu harian keluarga hanya disebabkan kenaikan harga ayam itu.

Katanya, kebanyakan kanak-kanak kurang gemarkan ikan atau makanan laut lain berbanding ayam, justeru ibu bapa tidak mempunyai pilihan. – Getaran, 11 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia